Zaman sekarang, makin ramai kanak-kanak yang menghidap penyakit yang dahulunya hanya dikaitkan dengan orang dewasa, termasuk kolesterol tinggi.

Perkongsian daripada Dietitian , Nur Hafizah M Sobri  ini membuka mata ramai apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikesan mempunyai berat badan berlebihan dan bacaan kolesterol yang tinggi.

BARU UMUR 5 TAHUN ADA KOLESTEROL TINGGI 
Makin muda pesakit zaman ni

Teringat kes ni, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ni.
Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2)
.
Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa
Setiap hari ada je makanan fast food
Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah
Dua dua mak ayah kerja maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.

Ads

Tak Jaga Makan, Dietitian Dedah  Budak Tadika Dah Ada Kolestrol Tinggi
.
Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut
Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat
Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok
Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah ke kerja dan jaraaaaang main dekat luar…banyak masa duduk dalam rumah tengok tv dan main phone.
.
Kadang kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL
Anak makan banyak tandanya sihat
Anak bambam tandanya berselera
Anak besar tandanya kuat
Tidaaaaakkkkkkkkk…
Itu merosakkan anak namanya…
.
Ni antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu
Untuk mak

1. Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/ pes simple untuk masak sepanjang minggu
2. Sentiasa standby buah buah di rumah
3. Jika perlu beli dari luar, beli hat ada nasi dan berlauk..wajib ada sayur.

Ads

Untuk anak
1. Jam 5-7ptg keluar rumah. Buat la apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke..tak boleh duduk dalam rumah
2. Cari botol cantik 1L dan perlu habiskan air kosong dari botol tersebut baru boleh minum air manis
3. Duit beli jajan minta masukkan dalam tabung untuk beli bola dan gol.

Ads

Perlu berhenti praktis kita anak anak yang bambam adalah anak anak yang sihat.
Pembetulan: maaf typo berat adik ni..patut 55kg bukan 65kg.

Sumber: Nur Hafizah M Sobri

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI