Tak Henti Menangis ‘Lepaskan’ Suami Kepada Keluarganya. Warganet Simpati, Lihat Umy!

Share

Tiada siapa sangka mahu pun menduga, mahligai yang dibina antara pasangan suami isteri Umy dan Aby yang mana warganet umum mengetahui dan menyaksikan sendiri betapa cekalnya hati isteri berkorban menjaga suami terlantar sakit bertahun-tahun dan betapa sang suami pula cekal untuk bangkit sembuh daripada lumpuh, namun akhirnya memilih untuk berpisah sebagai pilihan terbaik untuk keduanya.

Buat kali terakhir ku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat diri mu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu.😭 Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.😭

Segalanya salah diri ku, muncul dalam hidup mu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha🥹Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala2nya, Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.😭

Jika sebelum ini perkongsian Umy di facebook menyebabkan ramai yang berteka teki, namun hari ini (17 Okt) terjawab sudah apabila Umy melalui laman Facebooknya mengesahkan sudah pun selesai proses perpisahannya bersama suami.

Turut dikongsikan video  perjalanan mereka menuju ke perkarangan Mahkamah Syariah Daerah Besut. Dapat dilihat melalui video tersebut, kedua-duanya saling merangkul tangan masing-masing ketika berjalan dalam keadaan sayu.

@mummy_beauty buat kali terakhir umy ayu bersama abi😭😭😭satu dunia menangis keranamu😭##fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – officialgtvid

Apabila lafaz talak diucapkan oleh suaminya di hadapan hakim, Umy yang turut ditemani rakan serta ahli keluarganya terus melangkah ke luar dan masih sempat juga berpesan kepada bekas suaminya itu untuk menjaga diri buat kali terkahir.

Ketika berada di dalam kereta, jelas dapat dilihat Umy tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sambil menegaskan akan memulakan hidup baharu dan berharap tiada lagi sebarang gangguan daripada pihak lain seperti sebelumnya. Malah berharap agar bekas suaminya itu dapat dijaga lebih baik oleh keluarganya, lebih baik daripada dia jaga sebelum ini.

Benarlah, jodoh, pertemuan, rezeki, ajal dan maut itu semua menjadi rahsia Allah. Pun begitu, sebagai wanita yang telah diceraikan ketahui ada hak-haknya yang boleh dituntut. Ini sebagaimana yang dikongsikan di facebook Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

HAK-HAK SELEPAS PERCERAIAN

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan :

‘Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya’.
( Surah at-Talak : 6 )

Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak terus dilindungi.

PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH

Mengenai hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

  1. Nafkah Edah
  2. Mut’ah
  3. Harta Sepencarian
  4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
  5. Nafkah Anak
  6. Tunggakan Nafkah
  7. Hak Tempat Tinggal

Nafkah Edah
Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Muta’ah
Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakann ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

Tunggakan Nafkah Anak
Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

Hak Jagaan Anak
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah Anak
Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

Hak Tempat Tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tingga semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI