Berkongsi pengalaman sendiri untuk mencari me time yang sebenar dengan terpaksa mengurus anak-anak dan dalam masa yang sama menjaga ibu mertua yang tidak berapa sihat diakui oleh Sri A’jilah memang mencabar. Bahkan menurutnya bagi memotivasikan diri, pelbagai usaha dilakukan. Berkongsi kisah tersebut jom kita baca entry di fbnya.
Ada satu peristiwa yang saya ingat dengan jelas sehingga kini dan buat saya sedar banyak perkara.Waktu zaman saya down dan terperuk dalam rumah beberapa tahun dulu, saya banyak membaca untuk motivate diri sendiri.Sudah tentulah saya baca tulisan-tulisan tentang rumah tangga, tentang keluarga, tentang isteri, dan anak-anak.
Saya ingat sungguh ayat yang saya baca itu. “Seorang isteri mesti ada masa untuk diri sendiri, adakan me-time untuk refresh diri. Perlukan ‘self care’ supaya sentiasa bersemangat untuk uruskan keluarga.Dan saya mengambil kata-katanya itu bulat-bulat.
Saya mahukan me-time sendiri. Tapi susahnya nak dapat. Solat pun berdukung anak. Solat cepat-cepat sebab ada anak yang menangis. Saya tak harap me-time lain pun, cukuplah dapat solat dengan tenang, tak terkejar-kejar, dan selesa.
Tapi tak dapat!
Solat tergesa-gesa, buka telekung pun tergesa-gesa.
Salah ke apa yang saya baca tu?
Tak salah langsung!
Yang salahnya ialah penerimaan saya pada ayat tersebut.
Bila anak kecil-kecil dan saya cuba nak dapat me-time atau cuba nak buat self-care, memang tak dapatlah, kan! Masanya tak sesuai. Waktu itu, saya pjj dengan suami. Duduk pula dengan mentua, dan mentua pun tak berapa sihat.
Me-time apa yang kau harapkan?
Allahuakbar.
Stressnya tu, Tuhan saja yang tahu sebab kita dah set dalam kepala yang kita nak buat juga me-time. Saya terlepas pandang satu perkara.
Orang boleh bercakap, boleh tulis pelbagai teori, dan boleh share macam-macam tips untuk bahagia. Tapi hakikat bahagia tu, ada dalam diri kita sendiri.
Dah tahu anak kecil-kecil dan perlukan perhatian, kau masih nak me-time bagai? Habis tu, nak harapkan siapa tengok anak-anak?
Makanya, nak aplikasikan sesuatu, biarlah sesuai dengan situasi kita. Kalau tak, kita sendiri yang akan stress dan bertambah susah nak urus diri. Anak-anak dah besar sikit nanti, dah faham, dah boleh menolong, kau ambillah banyak mana pun me-time yang kau nak.
Me-time sampai lebam!
Sumber : Sri Ajilah Mohd Samsir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club