Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
Ads
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Ads
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
Ads
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini setiap kali ingin memasak nasi impit, mesti cari ketupat segera yang ada dijual di pasaran. Jadi apa kata raya kali ini kita buat kelainan dengan sediakan sendiri nasi impit sepertimana yang dikongsikan oleh Nor Abdul.
Ini perkongsiannya.
Hari ni sis nak share cara mudah buat nasi impit. Cepat, Murah, diyakini bersih dan senang!
Bahan bahan yang diperlukan :-
-Plastik 8×5 (kualiti tebal – RM8.50 500pcs. 1 helai kos tak sampai 2sen)
-Beras paling murah (Macam sis punya ni 1KG RM4 je.. cari yang murah je. Beras hancur pun takpe. Jangan pakai beras basmathi pulak. 1kg ni boleh dapat dalam 5-6 packs nasi impit size tapak tangan
-Cawan
Cara cara:-
1. Masukkan 1 cawan beras ke dalam plastik. Kemudian boleh sealkan. Kalau takde sealer boleh je guna lilin atau lighter, kemudian lalukan ke plastik tu. buatla apa apa cara pun janji beras tu tak keluar. Jangan kau letak selofan tape atau stapler udah.
2. Dah siap seal, tebuk lubang guna pisau boleh atau garfu pun boleh. Tebuk depan belakang. Kecik kecik je janji ada ruang air boleh masuk. Jangan sampai bocor plastik tu udah.
3. Dah siap, masukkan lah dalam periuk, dan rebus sampai masak. Biasanya dlm 30mins, siap dah.
4. Senang kan? Tak payah susah nak masak nasi, himpit nasi tekan tekan bagai. Buat je sendiri macam ni kat rumah, lagi senang.. Murah, confirm cantik kejadiannya. Dan yang pasti, Lagi cantik dari beli nasi impit siap kat kedai tu
Umum sedia maklum mengenai insiden yang melanda pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad. Dia yang direman selama tiga hari bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan polis.
Menerusi perkongsian terbaru, pelakon I Promise, Janji Anaqi memuat naik satu kapsyen yang ringkas bersama video pendek yang memaparkan dia bersama anak lelakinya Jebat Jayden.
” ‘ I’m ok Insya Allah, Baba loves you so much ‘. Demikian kapsyen yang ditulis Sharnaaz.
Namun yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah video tersebut dirakamkan dalam gambar hitam putih.
Sedikit sebanyak menggambarkan suasana sedih dan sayu usai apa yang dilalui pelakon berkenaan. Lebih meraih tumpuan adalah wajah anaknya yang tampak sedih dan tidak ceria seperti sebelum ini apabila bertemu dengan babanya.
Sejak dahulu lagi, semua tahu hubungan erat antara ayah dan anak ini. Bahkan, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Sharnaaz untuk anak tunggalnya itu membuatkan peminat kagum.
Bukan itu sahaja, dua beranak ini juga cukup akrab. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama yang membuatkan peminat turut terhibur apabila menontonnya. Gelak ketawa anak dan ayah ini penuh rasa bahagia dan kasih sayang.
Rata-rata rakan selebriti dan juga peminat turut memberi kata-kata semangat buat Sharnaaz. Tak kurang juga yang meluahkan rasa sebak mereka setelah melihat reaksi Jebat dan Sharnaaz ini.
fizoomar Be strong bro..ko je yg tahu ape yg sebenarnya berlaku..we always pray for u brother!!
elizadsharifuddin Baba & jayden kuat ! Moga di bwh lindunganNya sentiasa . 🤲🏻
jasminhamidjh Semoga adikku serta family sentiasa di dalam peliharaan ALLAH
eina_azman Be strong sharnaaz… Insyallah semoga semua nya baik2 saja🤲🏻🙏🏻
Siapa yang tak kenal dengan hero Malaya bernama Remy Ishak ini. Penampilan dan pembawaan watak baik drama mahupun filem cukup dikagumi ramai.Tak hairanlah ramai yang cukup meminatinya. suami kesayangan Ezza Yusof ini tidak banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga.
Sah bergelar suami lima bulan yang lalu, tumpuan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini lebih kepada dunia lakonan.
Terbaru, Remy berkongsi gambar dia sedang melipat pakaian Dan mengemas wardrobe. Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah lipatan baju oleh anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini cukup kemas.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.