Masih belum reda lagi tentang isu yang sedang diperkatakan di sosial media tentang poligami. Tidak ketinggalan, baru-baru ini Suhaimi Saad turut berseloroh dengan isterinya, Ina Naim untuk berkahwin lagi.
Pertanyaannya untuk menambah isteri itu dimuat naik dalam laman tiktok miliknya sendiri dan yang paling mencuri hati pengikutnya apabila belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus memotong suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah ‘isteri’ lagi diikuti muka tergamam Suhaimi di hujung video.
Namun video tidak berakhir di situ apabila Suhaimi sekali lagi memuat naik video baru di mana dia mengatakan akan membeli mesin basuh keesokan hari namun isterinya berseloroh mahu meminta dua mesin basuh pula!
Bagai menambah ‘perasa’, lakonan mereka tidak terhenti di situ apabila satu lagi video baharu telah dimuat naik di mana Suhaimi yang kelihatan segak bergaya mahu keluar membeli mesin basuh. Ina yang mengingatkan suaminya untuk membeli dua mesin basuh pula tergamam apabila Suhaimi mendakwa bukan dua mesin basuh, malah akan beli empat mesin basuh mengikut kuota empat isteri!
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gurauan pasangan suami isteri itu. Dalam pada itu, ada yang mengatakan lucu melihat Suhaimi setepek kena dengan isteri. Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan jangan lupa untuk belikan mesin pengering sekali.
Para suami, hargailah pengorbanan isteri. Sebaiknya dalam rumah tangga hargailah setiap perkara yang isteri atau suami lakukan. Bila suami isteri saling menghargai, barulah bahagia rumah tangga yang dibina.
Tidak boleh hanya mengharap pada satu pihak sahaja untuk menguruskan rumah tangga. Soal mendidik anak-anak juga perlu dilakukan bersama bukan hanya tugas seorang isteri dan ibu sahaja.
Ozlyn Kongsi Memang ‘Latih’ Johan Buat Kerja Rumah Bersama
Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail isteri kesayangan kepada pelawak dan juga penyampai radio, Johan, menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suaminya.
Ozlyn telah ‘melatih’ suaminya untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.
Suami Hargailah Pengorbanan Isteri
Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Ozlyn pernah berkongsi tentang gaya hidup beliau dan suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Mereka membuat pembahagian kerja agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.
“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.
Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Beliau sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.
“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. Melakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya dilakukan isteri seorang diri,” katanya.
Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.
“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.
Kesimpulannya di sini, hidup berumah tangga memerlukan sokongan dan kerjasama antara satu sama lain. Buat para suami, rajin-rajinlah membantu isteri di rumah. Usah biarkan isteri anda kepenatan menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak.
Tugas mendidik anak bukan hanya pada isteri seorang. Anda sebagai suami juga bertanggungjawab dalam soal mendidik anak-anak. Kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ barulah rumah tangga rukun dan damai.
Hati seorang isteri dan suami sememangnya tidak sama. Kalau suami lebih cool, berbeza pula dengan isteri. Hati seorang isteri sememangnya perlukan sokongan kuat dibelakangnya.
Tak perlu suami untuk bertazkirah bagai setiap hari tetapi cukup hanya mendengar luahan atau memberi isteri ruang untuk melepaskan kepenatannya. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.
Bukan isteri nak berlebih-lebih atau mengada-ngada, tetapi kalau suami fahami kepenatan isteri pun sudah cukup memadai. Tulisan ikhlas Dr Syahr Musafir ni suami-suami wajar baca.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.
Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?”
Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.
“Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.”
Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi.
Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata. Itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
Kredit: Syahr Musafir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.