Sejak kenaikan harga barang terutamanya minyak, ramai yang mengubah menu dan cara masakan untuk lebih jimat. Lebih-lebih lagi dalam penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng, ditukarkan teknik yang lebih jimat tanpa sebarang minyak dan lebih menjimatkan masa tanpa perlu dipantau khuatiri hangit. Teknik apa lagi kalau bukan ubah kepada penggunaan air fryer.
Jika sebelum ini ramai yang kata masak guna air fryer ni tak kena dengan selera sebab kering. Haa apa kata try test tengok resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ni! Ayam goreng resipi ni tetap garing dan sedap tanpa setitik minyak. Hebat kan? Jom tengok cara nak buatnya!
Resipi Ayam Goreng Air Fryer
Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.
Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.
Ads
Cara-caranya :
1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan:
Ads
– bawang putih (tumbuk lumat)
– sedikit halia (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– sedikit kunyit serbuk
– garam
3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.
– suhu 180 darjah
– masa 15 minit
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
Ads
4. Siap dan boleh dihidangkan.
Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.
Kek coklat diakui menjadi antara menu yang digemari oleh anak-anak. Bahkan kita orang dewasa juga teruja untuk menikmatinya bila siap terhidang di atas meja.
Menyebut tentang kek coklat, bila dimasak dengan menggunakan teknik kukus akan memberi tekstur yang lebih lembab dan lembut.
Ini menjadikan kek coklat lebih enak dimakan seperti mana resipi yang dikongsikan Puan Noriza Awang Hamat.
KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan:
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
8 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1. Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar hingga sebati ketepikan.
2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang ketepikan.
3. Dalam mangkuk besar masukkan bahan yang dikisar tadi berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Adun hingga sebati dan bercampur rata.
4. Jika nak lebih mudah satukan semua bahan dan kisar sebati menggunakan blender.
5. Sapu marjerin atau mentega pada loyang saiz 8×8 terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi.
6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut citarasa.
Bahan topping coklat :
Coklat masakan
Sedikit marjerin/mentega
1. Satukan coklat dan marjerin kemudian masak secara double boiler.
2. Bila coklat telah cair sepenuhnya tuang pada kek.
Resepi & foto : Noriza Awang Hamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bersambung lagi, sudah tentu kelas pembelajaran anak-anak tetap diteruskan.
Apabila anak di rumah pasti ada yang kerap ulang-alik ke dapur mencari kudapan.
Buat ibu-ibu yang sibuk, apa kata cuba buat pizza dalam cawan ni. Mudah aje. Nak uruskan anak-anak pun mudah. Seorang ambil satu cup. Mudahkan! Jumpa ikuti resipi ini.
Buat penggemar ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’ mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup simple saja cara membuatnya. Resipi ini dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi.
Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati. Ini rahsia bahan-bahan di dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!
Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!
RESEPI AYAM GORENG KFC SPICY VERSI ‘HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Bahan perapan:
1 ekor ayam (potong berapa ikut suka)
Cili kering dikisar halus
Bawang merah dan putih kisar halus
Garam
Perasa
Bahan menggoreng:
Tepung gandum cap cempaka
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA
1. PERAPKAN AYAM
Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.
2. GAULKAN TEPUNG
Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.
Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.
3. PANASKAN MINYAK
Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.
4. GORENG
Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.
Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.
5. ANGKAT & TOSKAN
Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.
Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.