Tak Guna Mixer & Telur, Buat Pun Main Cubit-Cubit Je. Senang Sangat Buat Crunchy Cornflakes Chip!
Mungkin ada yang tercari-cari resipi biskut yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan istimewa di Hari Raya nanti. Kalau dapat jenis biskut yang popular dan memang menjadi kegemaran ramai seperti biskut conflakes, alangkah bagusnya dan bertuahnya rasa.
Maklumlah terdapat banyak sangat versinya, namun perkongsian daripada cikgu masakan yang tak asing lagi Cik Dayang Zuhaila, mencuri tumpuan dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya.
“Alhamdulillah. Resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat tanpa teloq. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit2 pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cikdyg pernah share dah resepi ni dulu. Tapi ada yang mintak lagi,” tulisnya di salah satu group masakan.
Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan bahan dan kita sediakan biskut ini
RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP
BAHAN A :
250g butter
130g gula icing
1/4 tsp garam halus
1 tsp vanilla powder
BAHAN B :
90g tepung jagung
300g tepung gandum
100g cornflakes (diramas)
100g badam cincang
100g coklat cip
30g coklat rice
CARA-CARANYA
CARA-CARA :
1.Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.
2.Masukkan kesemua BAHAN B dan gaul rata sehingga adunan sebati.
3. Uli sehingga adunan sebati dan bersalut elok.
4.Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susukan di atas baking tray . Jarakkan kerana biskut akan mengembang.
4.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing
Ekstra Info
Bahan-bahan yang digunakan. Nak tukar butter lain boleh. Nak tukar kekecang lain boleh. Nak kurang kan manis kurangkan gula sikit tapi hati-hati, biskut akan jadi keras.
SELAMAT MENCUBA
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club