Bila sebut tentang laksa ni mesti teringat dengan rasa kuahnya yang pekat dan lazat itu. Lebih menarik, laksa bukan sahaja diminati di Malaysia sahaja malah di Singapura juga.
Tapi, yang membuatkan menu ini berbeza adalah bahan yang digunakan untuk memasak laksa. Melalui perkongsian oleh @cikmel_masak
ini, resipi laksa Singapura sangat mudah disediakan kerana tidak perlu menggunakan ikan.Walaupun begitu, rasanya juga tidak kurang sedapnya. Jadi, jika anda dah bosan dengan laksa yang biasa boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Laksa Singapura
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Kisar halus bawang putih, bawang merah, udang kering dan cili kering yang telah direndam.
– Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
– Tambahkan 2 gelas air dan udang kering.
– Masukkan udang segar, fishcake, tauhu goreng, daun kesum dan santan kotak.
– Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
– Tambahkan timun yang dihiris dan taugeh sebagai hiasan.
Sumber: @cikmel_masak