
Bila sebut tentang laksa ni mesti teringat dengan rasa kuahnya yang pekat dan lazat itu. Lebih menarik, laksa bukan sahaja diminati di Malaysia sahaja malah di Singapura juga.
Tapi, yang membuatkan menu ini berbeza adalah bahan yang digunakan untuk memasak laksa. Melalui perkongsian oleh @cikmel_masak ini, resipi laksa Singapura sangat mudah disediakan kerana tidak perlu menggunakan ikan.
Walaupun begitu, rasanya juga tidak kurang sedapnya. Jadi, jika anda dah bosan dengan laksa yang biasa boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Laksa Singapura
Bahan-bahan:
- 3 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 1 mangkuk udang kering
- 1 mangkuk cili kering
- Mi laksa
- 2 gelas air
- Udang segar
- Fishcake
- Daun kesum
- Garam
- Gula
- Secukup rasa
- Tauhu Goreng
- Santan kotak
Cara Penyediaan:
– Kisar halus bawang putih, bawang merah, udang kering dan cili kering yang telah direndam.
– Tumiskan semua bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
– Tambahkan 2 gelas air dan udang kering.
– Masukkan udang segar, fishcake, tauhu goreng, daun kesum dan santan kotak.
– Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
– Tambahkan timun yang dihiris dan taugeh sebagai hiasan.
Sumber: @cikmel_masak
Ibu-Ibu Cuba Petua Ini Jika Mahu Halau Semut Dari Dapur. Mudah Dan Semula Jadi Tanpa Guna Racun.

Semut merayap dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka makanan-makanan manis terutama gula.
Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
Ada banyak petua halau semua yang boleh dicuba
Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan ‘saman’ juga, cubalah bercakap dengan semut supaya tinggalkan rumah kita.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Sebaiknya praktikkan petua ini ketika sendirian ya bimbang nanti orang menyangka anda berhalusinasi atau pun kurang waras.
Aiskrim Yogurt Pelbagai Perisa, Wanita Ni Dulu Pernah Buat Jualan & Kini Kongsi Resipinya. Nampak Sedap Macam Aiskrim Mahal!

Menikmati aiskrim pada cuaca panas begini memang puas hati rasanya, dapat legakan tekak yang kering. Jadi bolehlah anda sediakan sendiri aiskrim yang menjadi kegemaran keluarga, memandangkan untuk membuat aiskrim tidak lah susah. Umpamanya menyediakan Aiskrim Yogurt yang sedap ini.
Lihat sahaja warnanya yang menyerlah dan mewah berkrim, sudah dapat dibayangkan keenakan rasanya bila dijamah. Memang nampak macam aiskrim mahal yang dijual dipasaraya terkemuka.
Aiskrim Yogurt ini juga bukan sahaja nampak cukup menyelerakan bahkan tidak dinafikan rasanya yang masam-masam bergabung dengan lemak berkrim menjadikan satu rasa yang cukup sedap untuk dinikmati dan pastinya tidak jemu untuk dimakan pada bila-bila masa.
Jadi buat anda yang teruja untuk mencuba resipi Aiskrim Yogurt ini, jom buat seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Irna Harlina. Menurutnya, aiskrim inilah juga yang pernah dijual suatu ketika dahulu untuk menambah pendapatannya.
Menurutnya, “Ni antara best selling aku dulu… Cuma biase aku buh lagi mekap lawa-lawa eskrim ni dengan buah-buah fresh atas dia… La ni pokok strowberi, kiwi, blueberry belakang rumah aku tu da merajuk jugak kot ngan aku tak mo berbuah… Hahaa… Lawak je… “
“Tapi sekarang aku da retire lameeee dah dari dunia membaking… Nak buat untuk makan sendiri pun berchenta rasenye… Huhuu…. So sape nak resepinye boleh scroll kat gambar last skali… Sape yang ade hati nak suruh aku open order lagi tu silakan buat sendiri… Hahaa… Kejam tak aku…” ujarnya ikhlas.
RESIPI AISKRIM YOGURT
Bahan-bahan:
500gm *Fresh Cream
500gm *Whipping Cream
500gm Yogurt plain asli
350gm susu pekat manis
4 sudu besar ovalete
2 sudu besar*jus lemon/limau
(Yang ni pandai-pandai agak dan rasa sendiri bergantung kepada jus limau yang digunakan) yang penting ada rasa masam sikit dan manis berlemak.
Fresh cream tu non dairy, whipping cream yang dairy. Dua-dua kena pukul sampai kental.
Cara Membuatnya :
1. Pukul fresh cream dan ovalete sampai kental dab fluffy.
2. Masukkan yogurt mix sekejap bagi sebati.
3. Kemudian masukkan pula susu pekat manis dan mix lagi.
4. Pukul whipping cream asing sampai kental.
5. Kemudian baru campurkan whipping cream yang telah kental tadi dengan adunan fresh cream dan yogurt.
6. Masukkan jus lemon/ limau dan mix lagi. Siap!
Setelah itu masukkan dalam bekas selang seli filling dengan aiskrim. Cuma filling tu kita tak letak banyak sangat tiap lapisan…letak sikit-sikit je.. lapisan atas skali baru lorek-lorek filling atas aiskrim.
INFO EKSTRA
1. Filling tu ikut suka, boleh beli dekat bakery. Tapi biasanya saya campur lagi filling dengan jus limau bagi kurangkan manis dan nak lebih masam sikit.
2. Kalau nak buat yang coklat, saya buat sendiri juga guna serbuk koko, whipping cream, susu dan gula. Saya buat agak-agak je. Whipping hipping cream dalam 300gm, serbuk koko saya tak ingat berapa sudusebab saya main tuang je agak-agak belum hitam sangat saya tambah lagi sampai dapat warna coklat yang kita nak.
Sumber : Irna Harlina
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lauk Ayam Goreng Saja Tapi Rasanya Enak, Rangup. Begini Cara Masaknya Ibu-Ibu. Confirm Anak-Anak Teruja!

Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!