
cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh Roazura Baharimenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat 😢
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rugi Merayu Pada Orang Tapi Sedikit Kepada Allah.” Ikhtiarkan Cara Ni Minta Pertolongan!

Tidak dapat dinafikan bila kita meletakkan pengharapan pada manusia selalu buatkan kita rasa kecewa. Oleh itu letakkan lah sepenuh pengharapan kepadaNya yang Maha Berkuasa. Malah ingatlah pertolongan Allah itu sentiasa dekat bagi hambanya yang meminta.
Di sini dikongsikan bagaimana kita dapat sentiasa berikhtiar untuk mendirikan solat untuk memohon pertolongan dengan Allah yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkefli
TIPS AGAR KITA SENTIASA BERIKHTIAR UNTUK SOLAT.
1. Samada solat sunat Tahajjud, hajat atau solat wajib serta yang lain-lain… anggaplah ia sebagai salah satu ikhtiar atau jalan terbaik (dan yang paling “dekat”) untuk memohon pertolongan dari Allah. Ingatlah pertolongan Allah itu sentiasa dekat bagi hambaNya yang meminta.
2. Setiap kali terjaga malam atau selagi kita masih mampu bersolat, anggaplah ia sebagai peluang yang paling akhir (sebelum ajal) buat kita melakukan ibadah di dunia yang sementara ini.
3. Ingatkan diri selalu bahawa doa dalam Tahajjud itu adalah umpama anak panah yang tidak akan pernah tersasar dari sasarannya.
4. Adalah sangat rugi jika kita rajin merayu dengan manusia tetapi sangat sedikit merayu kepada Allah sedang hati setiap manusia itu adalah milik Allah.
5. Adalah sangat rugi jika kita tiada halangan untuk beribadah, masih bernyawa, tidak sakit, tidak ada sebarang kekangan tetapi bermalas-malasan untuk menunaikan solat kerana setiap waktu itu tidak akan dapat kita putar kembali.
7. Bayangkan betapa banyaknya mereka yang sudah pergi sangat berkeinginan untuk kembali ke dunia (walaupun hanya sebentar) untuk bersedekah dan beribadah sahaja dan tidak memikirkan hal-hal yang lain sedangkan kita yang hidup tidak memikirkan hal mati.
8. Selalu ingatkan diri bahawa dunia ini hanyalah sementara.
Dunia ini hanyalah sementara.
Dunia ini hanyalah sementara.
Segala kebahagiaan kita, keluarga kita, pasangan kita, hujan, panas, matahari, bulan, bintang… serta airmata mu adalah pinjaman yang tidak ada satu pun yang akan kekal.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tercari telekong yang selesa dan murah, ada DI SINI
Prof Dr Muhaya Kongsi Kisah Keluarganya Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu.

Pernikahan adalah tentang cinta, tentang persahabatan, tentang kesabaran dan tentang kehidupan. Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada. Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Prof Dr Muhaya Mohamad.
Prof Dr Muhaya Mohamad dan suami kesayangan, Dato Dr Azmi Jamion yang membina mahligai cinta tatkala masing-masing masih bergelar pelajar nyata cukup istimewa.
“Pertama kali bertemu suami adalah pada tahun1976. Ketika itu ada Piala Perdana Menteri dan saya salah seorang ahli jawatankuasa bagi program berkenaan. Daripada situ kami mula berkenalan dan sempat bermain ping pong bersama. Waktu itu, kami sudah mula suka antara satu sama lain. Sebelum pulang, suami minta alamat saya untuk berhubungan. Waktu itu tiada kemudahan telefon seperti sekarang. Jadi kami berhubung melalui surat.
“Setiap minggu kami saling mengutus surat sehinggalah pada tahun 1979 saya tinggal di asrama di Pantai Baru manakala suami pula di Jalan Raja Muda. Kebetulan teman serumah saya, Dr Wan Sapiah seorang yang agak alim orangnya. Dia yang bagi cadangan supaya saya dan suami bernikah awal. Daripada berjumpa selalu baik kami nikah. Katanya berjumpa tanpa ada ikatan nanti berdosa, saya pun terfikir betul juga apa yang kawan saya cakap .
“Walaupun tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang tetapi kami selalu berjumpa, makan bersama dan belajar bersama. Itu juga dikira berdosa. Akhirnya kami memilih untuk berkahwin kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan mengelak maksiat. Waktu itu saya dalam tahun kedua dalam bidang perubatan.
“Tetapi saya bimbang penerimaan keluarga dengan keputusan tersebut. Waktu nak telefon ayah, saya jadi was-was. Tetapi tak sangka lepas cakap, ayah setuju dan tak tahu kenapa ayah saya boleh bersetuju. Mungkin juga ayah saya orang yang beragama dan dia tahu itu juga satu benda baik. Cuma ayah minta kami nikah gantung dan tidak duduk bersama supaya saya tidak mengandung kerana takut susah nak belajar.
Jimat kongsi makan dan minum berdua
“Istimewanya ikatan pernikahan ini bukan sekadar mengelakkan maksiat, sebaliknya selepas berkahwin saya masih mampu mengekalkan momentum dan muncul pelajar terbaik. Itulah berkatnya apabila berkahwin tanpa ada maksiat. Selepas berkahwin, kami bebas ke sana ke mari dan boleh membonceng motosikal suami untuk ke kelas, belajar di perpustakaan sampai tengah malam kerana ada suami sebagai peneman.
“Bukan itu sahaja, apabila bergelar suami isteri kami boleh berjimat. Kalau pergi makan, mesti kami kongsi lauk dan order satu teh ais sahaja. Disebabkan duit pun tak ada sangat masa itu.
“Jika saya penat dan sebagainya, suami akan bawa tengok wayang dengan menaiki motosikal. Memang hidup saya sangat gembira dan selalu saya cakap pada kawan takutnya jika Allah tarik balik nikmat yang saya peroleh ketika itu. Tetapi kawan saya cakap jika kita bersyukur insyaAllah, Allah akan kekalkan nikmat tersebut. Jujurnya, banyak kegembiraan yang saya peroleh berbanding cabaran ketika itu.
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin).
Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Dalam berumah tangga, keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jadi untuk pasangan di luar sana, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,”
“ Wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga kita .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
.
Karipap Viral Tun M. Ini Resipinya!

Dengan lebih 4K share, perkongsian wanita ini mengenai resipi membuat karipap yang disediakan untuk jamuan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Tun Mahathir telah menarik perhatian ramai.
Jom ikuti resepi viral ni.
Petang tadi dapat berita mengejutkan, diberi amanah besar kena sediakan karipap untuk Tun Mahathir
Tak tau nak kata bangga ka, syok ka, nervous pun ada. Dalam hati masih tak percaya. Uish betul ka Tun M nak makan karipap aku nih.
Apa lagi mlm ni juga aku start menguli haha. Dan esok, lusa tulat pun anak-anak dan suamiku tahanlah makan karipap hari-hari, nak praktis punya pasal hinggalah hari event hujung bulan ni InsyaAllah hihi.
Macam mana depa boleh shortlist karipap aku?
Hmm semuanya bermula dari majlis makan-makan dengan geng Malaysian Embassy aku bawa buah tangan karipap kasih sayang home made. Depa heboh kata sedap, senyum ja lah..
Apa yang sedap sangat?
Ini bahan dia dan cara buat. Korang buatlah sendiri. Kita tak buat jual pun, tempahan pun tak terima.
Cara buat Inti:
1. Tumis bawang besar atau bawang merah kisar hingga keemasan
2. Masukkan daging cincang dalam 200g
3. Masukkan serbuk kari dalam 2 sudu. Saya guna serbuk kari Babas
4. Daging dah separuh masak, Masukkan air dalam 1.5 cawan
5. Masikkan kentang yang dah dipotong dadu.
Garam secukup rasa. Tunggu hingga kentang empuk dan airnya kering.
Sambil tunggu kentang empuk elok tu dah boleh buat pastrinya.
Cara buat pastrinya:
1. Gaulkan tepung gandum dalam 6-7 sudu besar (sudu cedok gulai, size bawah sikit dari senduk) (anggaran 25-30 biji karipap).
Dalam 1/2kg
2. Masukkan butter / margerin / minyak masak. Saya guna minyak zaitun dalam 5 sudu besar.
Kalau nak buat jual gunalah yang paling ekonomi hehe. Paling sedap butter
Paling sihat minyak zaitun. Aku terpaksa pakai ni untuk buat ke Tun M
3. Masukkan air garam sikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan.
4. Jika terlebih air, dia melekit, susah nak gelek nanti. Jadi campur tepung sikit.
5. Dah siap uli, tak perlu rehatkan pun macam buat donut, terus boleh gentel bulat- bulat sebesar bola pingpong dan canaikan
6. Lepas dah canai gelek leper, Masukkan inti dalam anggaran 1 sudu kecil.
7. Bolehlah kelim bagi cantik-cantik
Dah siapkan dalam sepiring gitu bolehla mula menggoreng
Selamat mencuba ya korang.
Noraliza Alwi
Moga ada rezki selfie dengan Tun nanti😁