Kecoh di media sosial dakwaan penceramah bebas, yang beranggapan suami sebagai dayus lantaran membenarkan doktor lelaki melihat bahagian intim isteri ketika proses kelahiran bayi.
Lantaran itu pelbagai respon daripada wargamaya mengenai isu ini. Susulan itu, Keluarga mendapatkan respon daripada doktor selebriti, Dr. Say Shazril atau nama penuhnya Muhammad Shazril Shaharuddin mengenai isu ini ini.
Artikel Berkaitan: “Jangan Sembang Pasal Ex Depan Wanita” – Berkelahi Itu Pasti, Dr Say Kongsi Momen Bertelagah Dengan Isteri
Artikel Berkaitan: “Macam Mana Hadap & Tahan?.” Kena Jaga Anak- Anak Isteri Kerja, Dr Say Luah Rasa Penat
A
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Beliau yang pernah berkhidmat di hospital bahagian sakit puan mengakui pernah melalui situasi yang sama.
Namun nasihatnya, jika keadaan darurat proses kelahiran perlu disegarakan untuk mengelak sebarang risiko kepada ibu dan bayi.
“Apabila situasi darurat, jika lambat ia akan memberi kesan kepada ibu dan bayi.”
KENYATAAN ITU TIDAK PATUT
Dalam pada itu, Dr. Say Shazril meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan itu yang akan mempengaruhi pemikiran suami.
Katanya biarpun isu ini sudah lama diperkatakan sebelum ini, ia tidak harus dipersoalkan sehingga menimbulkan kekeliruan.
“Sangat tidak patut dan mempengaruhi pemikiran suami.”
KERJAYA PROFESIONAL LIBATKAN NYAWA PESAKIT
Katanya lagi, doktor merupakan jawatan profesional yang tidak boleh dipadang remeh lantaran ia melibatkan keselamatan pesakit.
Katanya , sebagai seorang doktor, tiada isu bernafsu atau ghairah terhadap pesakit. Yang ada dalam fikiran para doktor adalah keselamatan pesakit.
“Semua tu kami tolak tepi. Yang pasti ibu dan anak selamat.
“Jangan berfikiran sempit. Jika pergi waktu malam, isteri nak bersalin, doktor lelaki yang bertugas, Tak kan nak tunggu doktor wanita esok.
Kena berfikiran terbuka. Malah dalam aspek Islam ada menyentuh mengenai hal ini (darurat.”
@keluargamag Doktor merupakan jawatan profesional yang tidak boleh dipadang remeh lantaran ia melibatkan keselamatan pesakit.#drsay #fyp #bersalin #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Majalah Keluarga
Sumber: TikTok KeluargaMag
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club