
Dalam sesebuah rumah tangga kena saling memberi dan menerima., saling bertolak ansur dan jangan ego jika pasangan menegur kesilapan kita. Terima dengan hati yang terbuka.
Namun, yang menjadi masalah bila mana kita enggan menerima pandangan mahupun teguran. Maka benda yang kecil. menjadi besar.
Benda mudah, kenapa buat jadi susah…? Demikian perkongsian dari saudara Firdaus Ashakirin.
Benda mudah, kenapa buat jadi susah…?
Isteri suruh, “Abg, p sembahyang, dah masuk waktu dah ni…” kita buat xtahu, tgok tv, main hp…isteri dtg lagi, “abg, waktu dah nak hbis, cepat p sembahyang” kita annoyed, terus melenting, “Kau ni, japg aku sembahyang la, sibuk kenapa…”
Dah jadi susah…kan mudah klu kita bgun p sembahyang tanpa disuruh? Kan mudah klu dgr isteri ckp, trus bgun buat? Tak perlu berlengah2?
Isteri tanya, “Lewat balik hari ni bang, xmcm hari2 lain…” kita tgok dia, kita ckp, “aku keluar cari rezeki, bukan buat benda lain, ko ingat aku kluar umah buat apa…” isteri tanya ja kan, kenapa nak marah2?
Dah jadi susah…kan mudah klu kita senyum, kita tgok dia, kita ckp, “traffic light kat simpang 4 depan Tesco tu rosak, jem truk, sbb tu abg lambat hari ni…” kan mudah, senang ja kan klu bgtau elok2…
Isteri mesej, “abg nak mkn apa mlm ni? Sya nk masak” kita tak reply…or kita reply, “buat la apa2 pun”…balik umah, buka tudung, panggil isteri, “awk buat ayam masak merah kat saya? td tghari sya dh mkn ayam masak merah la, xkan tghari dan mlm makan lauk yg sama”…kita hempas tudung…trus xnak mkn, kl
Dah jadi susah…kan mudah klu kita trus bgtau lauk apa yg kita nk mkn…kan mudah klu kita ckp, “tghari tadi abg mkn aym masak, mlm ni awk buat lauk ikan masak apa2 plak”
Hidup berumahtangga ni, perkara mudah jgn di susahkan, perkara kecil jgn diperbesarkan…tak elok sikit2 bergaduh, sikit2 bergaduh…
Walaupun bergaduh tu tak lama, tp still tak baik utk ‘kerap’ bergaduh dlm rumahtangga kita, sbb pergaduhan tu dpt membunuh perasaan syg terhadap pasangan, dpt membuatkan hati pasangan jad tawar…
Jadi suami ni, kena bijak handle situations supaya isteri tak terasa dgn setiap perbuatan kita…
Nota kaki : Jgn layan isteri mcm sampah, muliakan isteri…isteri bukan tempat utk kita marah2…bukan tempat utk kita lepaskan tekanan…?
“Saya Seorang Ibu, Tak Sanggup Lihat Anak Kecil Tak Ada Makanan.” Mila Jirin Anjur Kempen RM5 Juta, Bantu Golongan Terjejas!

Pada satu tahap dia pernah dilemparkan dengan tuduhan ‘gila’ kerana buat macam macam termasuk jual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan stafnya.
Jujur mengakui Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin, 34, sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, dia tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa.
“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar (pandemik) ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Yang ada kerja diberhentikan. Dan macam macam lagi paparan realiti kehidupan kita boleh saksikan ketika ini
” Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan bulan.
“Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.
Restoran terpaksa ditutup
Kata Mila, Restoran Embun Urai menyajikan restoran makanan laut ala Thai yang beroperasi di Tasik Prima Puchong juga saat ini terpaksa ditutup sementara waktu.
“Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah.
“Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan. Kita jalan terus,” katanya yang sudah 20 tahun menceburi perniagaan.
Kempen RM5 Juta
Sedar ramai yang bergelut dan terkesan dengan pandemik COVID-19, orang kuat jenama perniagaan Bizmilla bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.
Kempen bermula 31 Julai itu menurut Mila atau Noorsyarmila Jirin diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini. Bahkan kempen itu juga dianggarkan mampu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.
“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.
“Saya bukan ahli politik, insan berpengaruh ataupun nak tunjuk hero. Tapi saya juga manusia biasa yang tahu kesukaran dilalui masyarakat ketika ini bukan sesuatu yang mudah. Saya juga seorang ibu, jadi tak sanggup melihat anak kecil tak ada makanan. Saya tak dapat membayangkan situasi sebegitu terjadi. Luluh hati.
“Lalu, inisiatif kempen ini dijayakan Bizmilla bersama Malakat Mall diharap mampu menyuntik sedikit rasa bahagia buat mereka yang bergelut meneruskan kehidupan,” kata isteri kepada Ailis Mustapha ini.
Pulangan tunai kepada pelanggan
Bercerita lanjut mengenai kempen itu, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan.
“Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit
tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.
“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi.
“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.
Hadiah percuma baucar tunai RM300
Kata Mila lagi, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.
“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.
“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya.
Mila menambah, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.
“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya.
Manfaat untuk lebih 100000 keluarga
Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.
Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.
“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.
Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka
“Bawa Pergi Pasar Malam, Belikan Makanan Kegemaran Kita Dah Bahagia,” Ozlynn Syukur Dikurnia Suami Penyayang &Memahami

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Namun di sebalik itu, dia rupa-rupnya seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab dan prihatin.
Bahkan warga net sering melihat dia sebagai bapa dan suami contoh menerusi perkongsian dari isterinya yang memuat naik kisah mereka di instagram. Terbaru, isterinya Ozlynn wati memuat naik ucapan terharu atas layanan suaminya.
Mengakui biarpun hanya di bawa ke pasar malam, namun Ozlyynn bersyukur dan terharu kerana suaminya kesayangannya itu tahu apakah makanan kegemarannya.
Org pertama yg dpt kiss sblm anak2…. 😘 dia ckp dia rindu kita banyak2.. kita x caya.. tp bila dia bawak kita g pasar malam n belikan makanan fav kita putu mayam.. popia basah.. buah kundang ok cukup!! Kita dh bahagia😍.. kita tau dia sayang n rindu kita.. ok jap eh… dia baru lepas siku kita..
dia ckp “ u sengeh2 dgn sape?? Hp penting ke i penting?? … guys!! For sure aku habaq dia lg penting..sambil tgn aku laju dok menaip.. post dulu sat.. pastu siap dia kita lipat🤣🤣🤣🤣👅👅👻👻 ok janji!! Last ok papa.. i sayang u tauuu.. tauuuuu… tauuuuuu ( gaya Moleiq ),” luah Ozlynn di instagramnya baru-baru ini.
❤️ @thejozheart @thejozheartsg
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Rata-rata warganet terusik dan terharu dengan perkongsian tersebut. Tak kurang yang memuji akan sikap prohatin dan sweet Johan kepada isterinya itu.
atiqah.as Aah kalau husband bawa pegi pasa malam paling heaven klu dia tak bawa tp hari ada pasa malam tu dia bawa balik makanan peberet perggh lagi heaven masa tu syurga ku di bawah tapak kaki mu😅😂
omeyzettyzulkafli27 Loving..syukurnyeee Subhanallah…
anne_rozana 🐜🐜🐜🐜🐜🐜 sweet terokss.. love sgt
superboobsklputrajaya ❤️❤️❤️Sweet couple
stinurizyan_ suka tngok fmily sis..smoga bhgia sllu.
nradilahshaharuddn Ahhh cuteee husband wife ni 😍😍
Sumber: IG jozlynnhanania
Bila Pasangan Jenis Hoarder. Rumah Sempit Tak Kisah, Asalkan Barang Depan Mata. Tapi Ini Kesannya!


Biasa tak pergi rumah seseorang dan melihat barang di dalam atau di luar rumah yang terlalu banyak? Bukan biasa-biasa banyaknya tetapi boleh membuatkan kita rasa itu adalah tidak normal.
Ruang tamu akan dipenuhi perabot yang tidak bersesuaian dengan ruang yang ada. Almari-almari besar yang tidak praktikal dan bermacam lagi perabot yang membuatkan ruang terasa amat sempit.
Jika termasuk ke bilik simpanan barang-barang hoarder ini, kita akan dapat lihat barang lama yang sudah buruk. Contohnya bekas plastik yang sudah lama tidak digunakan, periuk belanga yang sudah rosak berkarat, bingkai gambar lama, bekas kosong yang tidak berguna dan macam-macam lagi.
Kemudian kita mungkin ada peluang masuk ke biliknya dan akan dijamu dengan pakaian yang sudah berpuluh tahun lamanya tergantung memenuhi ruang bilik sehingga tiada ruang pun untuk tidur.
Bahagian dapur pula akan penuh dengan set pinggan mangkuk yang sudah lama tidak digunakan. Peralatan memasak yang lebih dari yang sepatutnya dan bermacam lagi barang yang tidak sepatutnya berada di situ.
Mungkin ramai yang baru pertama kali dengar perkataan ini, tetapi Tuan empunya rumah itu sebenarnya seorang “Hoarder”. Yang menjadikan ianya menarik ialah Hoarder tidak rasa itu adalah satu masalah dan Hoarder ini adalah seperti manusia biasa sahaja. Sehinggalah anda ke rumahnya.
Hoarder ialah sejenis masalah di mana seseorang itu menyimpan barang secara berlebihan. Kebanyakan barang-barang itu tidak mempunyai nilai langsung buat orang lain tetapi tidak di pandangan mata orang yang mempunyai masalah itu.
Hoarder juga mempunyai masalah untuk melepaskan barang-barang yang telah dikumpul itu seterusnya membuatkan mereka tidak dapat hidup secara normal dan selesa kerana kebanyakan ruang di dalam rumah sudah dipenuhi dengan barang.
Perlu dijelaskan yang Hoarder bukanlah Collector (pengumpul). Collector mengumpul barang-barang berharga tetapi Hoarder mengumpul barang yang tidak berharga (berharga hanya di mata dia sahaja).
Ada Hoarder yang pengotor dan tidak kemas tetapi ada juga Hoarder yang menyusun rapi barang mereka cuma barang itu sudah terlalu banyak.
▶️ Antara sikap dan sifat Hoarder adalah :
1. Mengumpul barang semata-mata untuk disimpan tanpa ada sebab yang konkrit.
2. Sering memberi alasan yang barang itu mungkin akan diperlukan pada masa hadapan.
3. Sangat susah melepaskan barang yang sedia ada walaupun sudah buruk dan tidak berguna.
4. Berasa selamat dengan barang yang sudah lama ada bersama.
5. Tidak boleh berpisah dengan barang yang dirasakan mempunyai ikatan emosi dengannya.
6. Hoarder sering kali bermula pada umur muda dan masalah itu meningkat mengikut umur. Mungkin pada mulanya suka menyimpan sedikit barang, tetapi lama-kelamaan ianya menjadi semakin banyak.
7. Sentiasa memberi alasan yang barang itu boleh diberi kepada orang lain sedangkan ianya hanya untuk simpanan sendiri.
▶️ Apakah jenis barang yang selalu menjadi simpanan Hoarder?
1. Pakaian / tudung
2. Perabot kecil / besar / barang perhiasan
3. Bekas makanan / Tupperware
4. Barang dapur, set pinggan mangkuk
5. Aksesori kenderaan / kenderaan lama
6. Emas atau barang perhiasan peribadi
7. Barang-barang keluarga
8. Kertas, resit, majalah lama, surat khabar lama.
9. Barang-barang mainan.
10. Peralatan budak kecil / bayi walaupun anak dah besar panjang.
▶️ Apakah kesan dari masalah Hoarding ini?
1. Kehidupan menjadi stress disebabkan ruang rumah yang menjadi sempit kerana barang yang banyak.
2. Kekurangan hubungan sosial di rumah kerana seringkali mengelak untuk orang lain datang ke rumah.
3. Satu pembaziran apabila barang yang banyak tetapi tidak digunakan.
4. Masalah kesihatan hasil daripada barang yang sudah buruk tetapi tetap disimpan dan tertimbun dengan barang lain.
5. Perbalahan antara ahli keluarga yang cuba membantu.
Ada satu lagi jenis Hoarder iaitu Animal Horder. Hoarder jenis ini ialah orang yang terlalu banyak mengumpul binatang, kucing contohnya. Bukan 5 ekor tetapi kadang kala mencecah sehingga berpuluh-puluh ekor. Kesannya adalah sama seperti di atas tetapi lebih teruk lagi kerana yang disimpan itu ialah binatang bernyawa yang sentiasa perlu dijaga.
▶️ Simptom-simptom Hoader yang anda perlu tahu.
1. Suka mengumpul barang tanpa sebab.
2. Tidak suka mengemas dan membuang apa yang tidak perlu.
3. Selalu memandang suatu benda lebih bernilai dari yang sepatutnya.
4. Syok sendiri dengan barang yang dirasakan bernilai sedangkan tidak.
5. Suka membeli barang yang tidak perlu.
Jika anda ada simptom ini, cepat-cepatlah berubah sebelum ianya terlambat. Percayalah yang ianya akan menjadi lebih buruk. Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri seorang Hoarder yang mempunyai barang penuh satu bilik sampai ke siling.
▶️ Apa yang boleh dilakukan untuk membantu?
1. Menerangkan betapa barang-barang itu tidak berguna.
2. Membantu membuang barang-barang yang berlebihan.
3. Perlu berkeras dengan Hoarder walaupun akan ada keadaan yang sedikit tegang kerana Hoarder ini selalunya susah untuk membuang tabiatnya.
4. Kurangkan barang yang mempunya nilai yang sama. Jika ada 5 benda yang sama tinggalkan 1 sahaja.
▶️ Apa yang Hoarder perlu lakukan?
1. Berubah dan terima kenyataan yang barang itu tidak diperlukan.
2. Mengawal emosi yang terlalu mengikat sesuatu barang itu dengan diri sendiri.
3. Beri kebenaran kepada orang terdekat untuk uruskan barang-barang itu. Jika diuruskan sendiri, pasti tidak akan berhasil.
4. Sedekah. Jangan hanya berniat untuk sedekah, tetapi terus bersedekah. Jika dilengahkan, memang takkan bagi punya.
Itulah serba sedikit penerangan mengenai masalah Hoarding dan Hoarder. Percayalah yang anda tidak perlukan 10 barang yang sama atau 10 barang yang buruk.
Hiduplah dengan ruang yang besar dan selesa berbanding ruang yang sempit dengan barang yang terlalu banyak. Pasti hidup anda akan lebih tenang dan stress akan jauh berkurangan.
Hoarding juga boleh dikategorikan sebagai satu pembaziran dan pembaziran ini akan dihisab di kemudian hari.