Selain terawih dan juga bazar ramadan, yang pasti dirindui ramadan ini adalah bubur lambuk. Bagi pecinta bubur lambuk di masjid, pastinya tahun ini anda tidak akan dapat menikmati keenakkan bubur lambuk.
Tapi tak apa, jom buat sendiri bubur lambuk di rumah. Rasanya pun sesedap bubur lambuk di masjid. Yang lebih penting lagi, cukup mudah dengan hanya menggunakan rice cooker. Terlajak mudah bukan. Jom admin kongsikan resipi dari puan Nur Haziqah
BUBUR LAMBUK RICE COOKER.
Kelmarin dah share resepi susu kurma.
Harini nak share resepi bubur lambuk pulak.
Bubur lambuk banyak versi , bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ni bubur lambuk style utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ni. Tak pasti tempat lain ☺
Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.
Bahan-bahan
• 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup – dihiris kecil
• 1 batang carrot – potong dadu
• 1 biji ubi kentang – potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sk serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam
Cara-cara:
- Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot.
8. Masak sehingga beras kembang
#nuhazkitchen
‘Oxygen Absorber’ Dalam Botol Vitamin, Hati-hati Jangan Sampai Anak Termakan!
Perasan atau tidak, jika kita membeli vitamin contohnya, akan ada didalamnya satu plastik kecil yang mengandungi butiran lutsinar. Apakah itu?
Sebenarnya, ia adalah ‘Oxygen absorber’ diletakkan bertujuan untuk memastikan produk tersebut kekal kering dan menghindarkan dari berkulat.
Pun begitu, sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita tidak termakan isi di dalam bungkusan kecil tersebut yang boleh mendatangkan keracunan pula.
Untuk lebih faham, ini dijelaskan oleh Pusat Racun Negara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
‘SILICA GEL’ vs ‘OXYGEN ABSORBER’
SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Sumber : Pusat Racun Negara
Ini Rupanya Cara Farah Lee Ajar Anak Hafal Surah, Hebatnya. Ibu-Ibu Boleh Cuba Tiru Ye!
Permata hati Farah Lee, Maream Asabel ini memang comel dan bijak. Melihat keletahnya di instagram Farah Lee sangat mencuit hati semua.
Farah Lee kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan lebih menariknya, dia bukan keseorangan, sebaliknya ditemani permata cinta hatinya, Maream.
Maream bukan hanya pandai cakap Korea bahkan pandai mengaji, mengalunkan Al Fatihah dan surah 3 Qul dengan lancar walaupun kata Farah Lee umurnya ketika itu baru setahun lebih. Hebatnya!
Perkongsian sebuah video oleh Farah Lee di facebooknya mendapat perhatian ramai. Ramai memuji kehebatan malah menyanjung wanita ini dalam mendidik anaknya seorang diri. Apa Farah buat hinggakan Maream yang kini sudah berumur 4 tahun lebih pandai menghafal? Baca perkongsiannya.
Esok exam hafazan be like ??
Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1 hingga 6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts ??
Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha ??
But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well?? Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa ?? So basically :
1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.
2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : Al-Fatihah, Ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , Al-Hasyr 21-24 (ruqyah), Ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), An-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), Al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah) + mana-mana ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang-ulang dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak-anak selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak.? ?? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ?? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu ??
3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak-lepak omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat-pelat boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM ?? Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya ?? Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi ??
4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ?? ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time.
5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat-ayat tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.
6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat ??
7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)
So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lebih ?? Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih??
Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ?? #ommabebel
Sumber: Instagram Farah Lee
Mesranya Permaisuri Usap Perut Teka Usia Kandungan, Ibu Hamil Mahu Namakan Anak Dengan Nama Azizah Aminah!
Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.
Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.
Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.
Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.
“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.
“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.
Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.
“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.
Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.
“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.
“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.
“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.
@asmalynaa Rezeki berjumpa dengan Tuanku Permaisuri Agong tersangat peramah orangnya #permaisuriagong #tiktokmalaysia ♬ original sound – Ci’naa🌷
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club