
Selain terawih dan juga bazar ramadan, yang pasti dirindui ramadan ini adalah bubur lambuk. Bagi pecinta bubur lambuk di masjid, pastinya tahun ini anda tidak akan dapat menikmati keenakkan bubur lambuk.
Tapi tak apa, jom buat sendiri bubur lambuk di rumah. Rasanya pun sesedap bubur lambuk di masjid. Yang lebih penting lagi, cukup mudah dengan hanya menggunakan rice cooker. Terlajak mudah bukan. Jom admin kongsikan resipi dari puan Nur Haziqah
BUBUR LAMBUK RICE COOKER.
Kelmarin dah share resepi susu kurma.
Harini nak share resepi bubur lambuk pulak.
Bubur lambuk banyak versi , bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ni bubur lambuk style utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ni. Tak pasti tempat lain ☺
Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.
Bahan-bahan
• 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup – dihiris kecil
• 1 batang carrot – potong dadu
• 1 biji ubi kentang – potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sk serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam
Cara-cara:
- Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit
5. Masukkan beras dan kacau rata.

6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot.
8. Masak sehingga beras kembang





#nuhazkitchen
Mak-mak Tak Akan ‘Pening Kepala’ Fikir Menu Sedap, Lazat & Sihat Untuk Keluarga. Begini Rahsianya!

Mak-mak Tak Akan ‘Pening Kepala’ Fikir Menu Sedap, Lazat & Sihat Untuk Keluarga. Begini Rahsianya!
Lumrah seorang ibu mereka selalu ingin berkongsi dan mencuba sesuatu menu yang baharu untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tercinta. Jika dulu gigih menyalin pelbagai resipi, bahkan hingga ada yang mengumpulkan pelbagai majalah atau buku masakan untuk dijadikan panduan memasak.
Malah tidak dinafikan, ‘buku resipi’ tersebut turut dijadikan bahan rujukan yang diperturunkan kepada anak-anak. Ini bertujuan untuk generasi akan datang dapat menghasilkan menu yang enak dan menyelerakan sama seperti air tangan ibu.
Pun begitu seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan turut mempengaruhi kepakaran ibu-ibu dalam menyediakan menu istimewa untuk keluarga. Apa yang pasti semuanya terletak di hujung jari. Sebut sahaja menu apa yang diidamkan oleh anak-anak dan suami, semuanya dapat disediakan dengan mudah!
Layari Laman Utama Untuk Resipi
Jadilah orang pertama yang mengetahui tentang semua jenis masakan yang enak dan berkhasiat dengan melayari laman web maggi.my.
Di sini bukan sahaja anda boleh dapatkan pelbagai resipi menu daripada kategori brunch, menu utama, sarapan pagi, snek, supper, lauk pauk tengah hari dan pelbagai pilihan lain daripada peringkat mudah disediakan hinggalah menu yang mencabar untuk dimasak.
Bahkan apa yang lebih mengujakan andai kata anda ingin mencari menu mengikut tahap kesukaran masakan tersebut, hanya dengan klik pada ‘Filter’ kemudian klik ‘Kesukaran’ dan tersedia untuk anda pilih sama ada ‘Mencabar’ , ‘Sederhana’ atau ‘Mudah’. Usai anda membuat pilihan tersebut, tertera ribuan resipi yang telah diklasifiksaikan mengikut pilihan tersebut. Semudah ABC!
Melayari laman web maggi.my juga pasti tidak akan menghampakan anda kerana anda bukan sahaja boleh mendapatkan resipi menu tempatan dengan mudah malah terdapat pelbagai pilihan resipi luar negara. Sesuai sangat buat anda yang memang gemar bereksperimen dalam menyediakan menu untuk keluarga tersayang.
Teringin merasa Shakshuka citarasa Timur Tengah atau menu Ayam Penyet menu asli dari negara Indonesia atau teringin mencuba menyediakan menu Korea Bulgogi Daging Empuk hatta ingin mengetahui resipi hingga ke negara Itali dalam menyediakan Piza sekali pun, semua ini ada tersedia di laman web maggi.my.
Apa yang pasti, dengan melayari laman web maggi.my ini anda akan temui 1001 keterujaan dalam menyediakan menu yang menyelerakan dan enak untuk keluarga dengan begitu mudah.
Seimbangkan Hidangan Dengan Bantuan MyMenu IQ™
Menyentuh tentang penyediaan makanan, diakui ibu-ibu hari ini bukan sahaja memastikan hidangan yang disajikan menepati selera seisi keluarga, malah menjadi keutamaan menu yang terhidang perlulah sihat dan berkhasiat.
Justeru itu, tahukah anda semua bahawa MAGGI telah melancarkan MyMenu IQ™; alat pemarkahan pemakanan dalam talian yang unik. Ianya mampu menilai dan mengukur keseimbangan pelbagai hidangan sekali gus membantu anda menyediakan hidangan keluarga yang lebih sihat dan lazat di rumah.
Setiap resipi yang dikongsikan di MyMenu IQ™, merangkumi pelbagai kumpulan makanan yang dilengkapi dengan nutrien penting yang diperlukan tubuh badan dengan citarasa yang enak menggunakan produk MAGGI.
Hebat bukan?
Bahkan bukan itu sahaja, MyMenu IQ™ diilhamkan secara khusus oleh Nestlé bertujuan untuk membantu memberi info dan manfaat dalam mengamalkan pengambilan makanan sihat kepada setiap pelanggan setianya.
Jom Semak Apa Lagi Istimewanya
Peribahasa ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Begitu jugalah dengan laman web maggi.my ini. Selain dengan melayari www.maggi.my anda boleh dapat pelbagai resipi terpilih malah anda juga dapat mengetahui info berkenaan semuanya tentang Maggi.
Yakinlah bila sekali anda menerokai laman web ini, anda akan dapat lihat begitu banyak manfaatnya. Hinggakan jika ingin disenaraikan terlalu banyak dan ini antaranya:-
- Resipi Banyak, Tak Terkira
Terdapat begitu banyak resipi yang terdiri daripada menu utama dan semuanya disediakan secara lebih sihat dan enak.
- Cetak Resipi
Resipi yang tersedia turut boleh dimuat turun dan dicetak dengan mudah untuk tujuan yang pelbagai oleh pengguna.
- Tetapan Masa
Menariknya juga, setiap langkah demi langkah penyediaan hidangan turut disertakan anggaran masa untuk memudahkan pengguna menyediakan hidangan dengan lebih sempurna.
- Senarai Produk
Turut tersenarai pelbagai pilihan produk Maggi berserta info sama ada daripada pilihan mi, pasta, perisa makanan, sos mahu pun jenis perencah yang ditawarkan kepada pengguna. Malah dengan mudah anda juga boleh membuat pembelian secara online untuk produk-produk tersebut. Cukup mudah, hanya dengan satu klik sahaja!
- Boleh Berinteraksi
Pengguna juga dapat berinteraksi di ruangan komen untuk berkongsi maklumbalas berkenaan resipi yang telah dicuba.
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sendiri terokai keistimewaan yang tersedia di website maggi.my dan jangan lupa untuk mencuba sendiri pelbagai menu yang dikongsikan di MyMenu IQ™ dengan klik di link ini (https://www.maggi.my/ms/idea-resipi-maggi/resipi-mi/)
Bahkan untuk lebih bermakna, apa kata anda turut serta menjadi ahli berdaftar Maggi bagi melayakkan anda mendapat info terkini dan eksklusif daripada Maggi. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mencuba produk terbaharu Maggi. Wow! Cukup istimewa dan rugi dilepaskan begitu sahaja.
Cara untuk mendaftar, cukup mudah.
Hanya perlu layari website www.maggi.my kemudian klik pada icon ‘Log Masuk’ selepas itu anda hanya perlu isi borang ringkas dengan maklumat diri dan sekelip mata anda telah menjadi ahli rasmi Maggi! Ayuh lakukan sekarang pasti anda dapat menfaatnya.
“Murung Lepas Ibu Meninggal Dunia.” Ayah Bina Bangsal Sebesar Reban Ayam Jadi Rumah Untuk Tiga Anak Lembam & Mental, Elak Bertindak Agresif.

Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul. Mungkin nampak kejam dan tidak berhati perut, namun si ayah ini tidak punya pilihan lain apabila menempatkan tiga anaknya di sebuah bangsal sebesar reban ayam.
Ini bertujuan mengelakkan ketiga-tiga mereka bertindak agresif. Di situlah dunia dan tempat ketiga-tiga mereka yang dikategorikan lembam dan juga mental berteduh.
Menurut Mamat @ Mohd Zain Idris, 70, dia membina bangsal tersebut berhampiran rumahnya apabila terpaksa mengasingkan ketiga-tiga anaknya itu bagi mengelak bertindak agresif terhadap empat cucu yang tinggal bersama.
Bangsal daripada kayu dan zink terbuang itu menjadi tempat tinggal dua anak yang mengalami masalah mental, Mohd Fakrul Anuar, 46 dan Mohd Aris, 36, serta anaknya lembam Mohd Hanafiah, 34.
Ihsan sedekah orang ramai
Mamat berkata, tiga bangsal itu dibina apabila empat cucu berusia 6 hingga 15 tahun tinggal bersamanya dan isteri, Aminah Harun, 55, selepas tiga anak perempuan bercerai dan meninggalkan mereka.
Dua lagi anaknya juga lembam, Nor Albaniah, 27, sudah berumahtangga serta disara suaminya manakala Samsuri, 25, tinggal di dalam rumahnya yang diubah suai dan dipisahkan dengan batu-bata.
“Saya sara 9 ahli keluarga dengan ihsan sedekah orang ramai kerana tak larat untuk bekerja buruh lagi. Mujurlah adik saya yang tinggal sebelah rumah hulurkan makanan setiap hari untuk kami 10 sekeluarga
“Kalau ada beras atau makanan boleh dibuat lauk yang disedekahkan orang ramai, saya masak sendiri,” katanya.
Ulang-alik hantar cucu
Menurutnya, selain menguruskan makan minum empat anak mental dan lembam, dia juga berulang-alik menghantar tiga cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjong dan tadika menaiki motosikal.
“Cucu yang sudah sekolah menengah pergi sendiri ke sekolah. Membesarkan empat cucu ini sudah menjadi tanggungjawab saya, nak harapkan kepada anak-anak bantu, mereka pun saya jaga.
“Mohd Fakrul Anuar kerja cari besi buruk tapi perlu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu setiap bulan untuk rawatan susulan penyakit mentalnya.
“Mohd Aris yang sering merayau pula setiap bulan perlu disuntik ubat penenang kerana dia agresif,” katanya.
kemurungan selepas ibu meninggal dunia
Mamat berkata, penyakit mental ini dihidapi kedua-dua anak lelakinya itu sejak remaja disebabkan kemurungan kerana ibu mereka yang juga isteri pertamanya meninggal dunia.
“Anak-anak saya tak ada kad orang kurang upaya (OKU) sebab belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Isteri ada masalah jantung dan tiroid
Menurutnya, isteri yang bekerja sebagai pembantu kantin sering menolongnya menyara keluarga sebelum terpaksa berhenti kerja setahun lalu.
“Isteri saya mempunyai masalah jantung dan menghidap tiroid. Dia pula perlu dibedah pada 25 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Imam Masjid Mukim Paloh, Muhamad Husin dan menjadi antara asnaf yang sering menerima bantuan zakat dan beras.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Mamat @ Mohd Zain 153039270207 atau hubunginya di talian 012-9685549.
Sumber: Sinar Harian
Buat Sandwich Guna Daging Burger. Lebih Berperisa, Sedap & Berjus. Cuma Gaul, Bentukkan & Masak. Siap!

Sandwich antara menu paling mudah dan menjadi pilihan ibu-ibu untuk hidangan sarapan pagi. Tapi kalau asyik resipi yang sama bosan juga kan. Jadi, apa kata ibu-ibu olah sedeikit, variasikan rasanya untuk pikat selera seisi keluarga.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zurina Zulkefli ini. Sedap, nampak berjus dan lebih berperisa. Jom cuba!
Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.
Bahan campuran:
✓ 3 keping daging burger
✓ 1/2 bawang kuning – dipotong dadu
✓ 1/2 daun sup
✓ 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
✓ 1 biji telur ayam
Cara membuat:
Kacau semua sekali hingga sebati.
Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.
Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.
Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair.
Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.
Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.
Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.
Tutup dengan roti gardenia.
Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.
Tip:
Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dh ada rasa masin.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club