Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
Ads
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ads
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan suaminya, Datuk Abdul Halim Khan seorang yang garang tetapi mempunyai hati yang baik.
Perkara itu dikongsikan olehnya di laman Instagram miliknya yang menyifatkan suaminya seorang lelaki yang penyayang kerana dapat menerimanya sebagai isteri meskipun ketika itu dia sudah mempunyai 5 orang anak dari perkahwinan terdahulu.
“Uncle (suaminya) ni sebenarnya masa mama (Noor Kartini) kenal dia dulu dia seorang yang garang, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama.
“Dulu masa anak anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ” you jaga anak je” tapi mama nakal ada juga jual senyap2 tapi uncle tahu sebenarnya.
“Lama lama bila mama lembut dengan uncle, mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama, yelah kami kan kenal sekejap je then kahwin,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga dia memuat naik foto mereka berdua yang dipercayai ketika itu berada di dalam pesawat.
Kini, Kartini bersyukur kerana usia perkahwinannya sudah mencecah 25 tahun dan dia bahagia hidup dengan suaminya.
“Alhamdulillah dah masuk 25 tahun mama bahagia, Allah hadirkan suami yg penyayang.penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak
mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.
“Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya,” kongsinya lagi.
Selama 25 tahun mendirikan rumah tangga Noor Kartini turut dikurniakan 4 orang lagi cahaya mata bersama.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Jadi jangan putus asa untuk mencuba apa juga perkerjaan. Bagi yang belum atau telah diberhentikan kerja, boleh cuba memohon kerja sebagai kakitangan awam.
Malah, ada ibu bapa meletakkan pengharapan agar salah seorang anak dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan di samping mempunyai pelbagai manfaat terhadap keluarga. Tak salah kan mencuba, mana tahu, rezeki.
Untuk bekerja sebagai kakitangan awam pemohon perlu mengisi maklumat melalui laman SPA9 iaitu satu sistem yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Nampak mudah, tapi jika belum mengetahui bagaimana untuk mendaftar boleh ikuti panduan yang disediakan oleh guru ini.
Menerusi TikTok, guru Zeti Norani ini menunjukkan video untuk memohon sebarang jawatan SPA.
Wah ubat gigi boleh buat macam-macam? Ubat gigi yang lama atau adakalanya kalau anda beli dan rasanya tak berapa sedap jangan pula terus dibuang begitu
sahaja.
Sebenarnya tanpa ada tahu ada banyak kegunaan lain selain daripada mencuci dan membersihkan gigi kita setiap hari.
Empat benda jangan terus dibuang sebaliknya dapat diselamatkan dan nampak macam baru dengan hanya menggunakan ubat gigi. Jangan main-main dengan benda sekecil ini. Jadi kenalah cuba!
Kasut Lebih Putih
Kasut sekolah usah cakaplah. Kalau balik sekolah confirm kotor dan ini amatlah susah nak dibersihkan. Jangan panik dan marah-marah kerana ada cara mudah nak bersihkan kasut ini. Ubat gigi antara yang mujarab menanggalkan kotoran.
Sapu ubat gigi rata hingga dan biarkan seketika. Kemudian barulah basuh kasut macam biasa. Memang cepat dan mudah!
Tampal Dinding
Dinding yang berlubang akibat kesan paku dapat diratakan dengan sapuan ubat gigi. Tampal sahaja ubat gigi ke dalam lubangnya dan ratakan. Dengan ajaib, dinding nampak lebih elok dan sekata. Mudahnya!
Bersihkan Cermin
Selain kertas surat khabar, mencuci cermin dengan ubat gigi adalah cara paling senang dan mujarab bersihkan cermin. Sapukan rata pada cermin dan biarkan 15 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air bersih. Hasilnya cermin lebih
bersih dan berkilat. Hebat!
Bersih Mainan
Mainan anak-anak yang kotor dengan dakwat atau pensil warna jangan pula dibasuh dengan air sebaliknya sapukan dahulu ubat gigi rata kemudian biarkan seketika. Kemudian barulah dicuci dengan kain pengelap. Cara ini buat pensil
warna dan kesan kotoran lain dengan mudahnya akan dapat ditanggalkan. Senang kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...