Dek kerana penat nak ‘makan gaji’, ramai buat keputusan untuk berniaga sahaja. Malah, ada juga yang terpaksa untuk membuat kerja sampingan dengan berniaga untuk tambah pendapatan keluarga.

Tapi, pernah periksa kembali tak cara pembahagian hasil wang berniaga tersebut? Duit hasil jualan ni bukan sembarangan untuk diuruskan. Jika salah rentak, boleh menjerat kita balik tau!

Bagi yang sedang atau baru nak berjinak dalam perniagaan, yang masih lagi ragu-ragu dalam pembahagian wang untuk pulangan modal dan hasil jualan, jom lihat tip dari Mahura Ismail ni. Semoga perkongsian ini beri manfaat untuk anda semua. 

Tak Dapat Beza Untung Rugi Dalam Bisnes? Wajib Ada Tiga Tabung Ni! Barulah Duit Selamat Dari ‘Terguna’

TIPS JAGA MODAL CARA SURI RUMAH

IKLAN

Bagi yang menjalankan perniagaan, wajib ada tiga tabung ini, iaitu tabung A, B dan C. Bila dapat hasil jualan, modal masukkan balik di dalam tabung A. Lebihan dari duit tadi dibahagikan kepada dua dan dimasukkan ke dalam tabung B dan C.

Tak Dapat Beza Untung Rugi Dalam Bisnes? Wajib Ada Tiga Tabung Ni! Barulah Duit Selamat Dari ‘Terguna’

Setiap tabung mempunyai peranan yang berbeza

IKLAN

Tabung A : Tabung modal, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!

Tabung B : Tabung untung jualan. Sama juga seperti tabung A, dilarang sentuh kecuali untuk restok barang sahaja. Jika terrrr guna wajib ganti!

IKLAN

Tabung C : Gaji anda! Atau dikenali sebagai duit enjoy. Boleh decide nak amik seminggu sekali @ sebulan sekali..

Tak Dapat Beza Untung Rugi Dalam Bisnes? Wajib Ada Tiga Tabung Ni! Barulah Duit Selamat Dari ‘Terguna’

Tak percaya buat la. Disiplin okeh.. Anda Akan dapat hasilnya..!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI