Tak Dapat Bagi Peminta Sedekah, Bagi Pada Isteri Lebih Bahagia. Sungguh Mendalam Coretan Ini.

Share

Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah S.W.T selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukannya.

Namun siapa sangka sedekah ini lebih berkat apabila diberikan kepada orang yang terdekat dengan kita termasuk isteri dan ahli keluarga.

Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif meluahkan terharu apabila isterinya mendoakan rezeki buat dirinya. Dia pada mulanya hendak memberi sedekah kepada pengemis tetapi tidak berjumpa dengan golongan itu. Akhirnya memberi kepada isterinya.

Seterusnya ikuti perkongsiannya.

Gambar sekadar hiasan

” Semoga Allah murahkan rezeki abang “

Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.

Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.

” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat “

Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :

” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri “

Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta.
” Nah duit sayang “
” Eh kenapa abang? “

” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri “

Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak.

” Semoga Allah murahkan rezeki abang “

Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!

Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri.
p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami 

Sumber: Taufiq Razif

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club