“Tak Cukup Tidur & Kena Sembur Najis, You Make My Life Complete.” Tiga Tahun Menanti, Anzalna Kongsi Indahnya Perasaan Bergelar Ibu

Share

Kegembiraan bergelar ibu hanya yang mengalaminya tahu perasaan tersebut. Lama menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga, pastinya momen indah itu tersimpan kemas dilipatan sejarah hidupnya. Lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita.

Demikian juga dengan pelakon satu ini,  Anzalna Nasir akui ia satu pengalaman yang indah apabila dapat menjadi seorang ibu.

Anzalna berkata tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, kini anaknya Mohamad Eidrees melengkapkan kehidupannya.

“Tiga tahun menanti @mohamadeidrees Indahnya perasaan menjadi seorang ibu walaupun tak cukup tidur menyusukan anak setiap 2 jam, kena sembur tahi, kena shee shee kat muka tapi syok oh! Hahhahahahahaha You make my life complete,” tulisnya.

Anzalna berkongsi perasaannya itu di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian itu, Anzalna memuat naik fotonya bersama putera sulungnya itu.

Rata-rata pengikutnya gembira melihat kebahagian pasangan ini. Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan bayi sulung sebulan yang lalu.

Dalam masa yang sama, ramai pengikutnya juga yang turut berkongsi pengalaman menanti cahaya mata yang lebih lama dalam rumah tangga mereka.

hanif_zaki I thought it was me who made ur life complete ? @anzalnanasir88

iesya_toh Alhamdulilah ❤️ hey adik kite 9years baru Allah bagi zuriat yg cukup comel n sempurna Alhamdulilah ♥️♥️? Setiap pasangan pasti ada rezeki yg berbeza.. Jgn stress2 ök Husband n wife yg masih menanti ??

syuhadahhassan byknyaaaa memori cantik2 dgn baby.. jealous..?

hauntzbyel Cantik+comel ??

niqabyawin Alhamdulillah pengalaman berharga … saya 7tahun menanti alhamdulillah akhirnya dapat la anak perempuan ?

eecha.14_azimad ..yg dah jd ibu jer tahu tuuu..batokallahufik..

Sumber: IG anzalnanasir88