Mudah letih dan mengantuk di awal kehamilan adalah perkara biasa dalam kalangan ibu hamil. Kadang kala ada bakal ibu yang mengalami mengantuk berlebihan sehingga tidak dapat dikawal dan perlu melelapkan mata seketika walaupun ketika itu sedang bekerja di pejabat.
Jika dibiarkan ia sedikit sebanyak boleh mengganggu produktiviti anda di pejabat. Jadi, apa langkah terbaik yang mesti dilakukan?
Sebelum itu anda perlu memahami apa yang berlaku pada badan ketika proses awal kehamilan berlaku.
Tugas utama badan adalah membentuk sistem penyokong hidup bayi dalam kandungan iaitu plasenta. Seterusnya, hormon progesteron yang biasanya mengatur kitaran reproduksi wanita, mengalir lebih pantas dalam badan wanita sehingga membuatkan wanita hamil mudah berasa pening.
Metabolisme juga berubah dengan cepat, kadar gula menjadi lebih rendah, begitu juga dengan tekanan darah. Ini yang mengakibatkan bakal ibu mudah berasa letih di awal kehamilan.
Tentu memalukan jika setiap hari anda keletihan hingga pernah tertidur di atas meja kerja kerana rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.
Oleh itu anda memerlukan strategi khas untuk berhadapan dengan rasa letih dan mengantuk ini supaya tidak mengganggu produktiviti kerja di pejabat. Cuba praktiskan beberapa tip berikut:
Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my