Sebutlah apa sahaja menu utama yang dimasak setiap hari, pasti kita akan menggunakan bawang sebagai antara bahan utama di dalam ramuannya. Tanpa bawang seakan hilanglah rasa ‘manis’ dan aroma masakan tersebut.
Jadi untuk memastikan stok bawang sentiasa ada, selain perlu membelinya di pasar atau kedai-kedai runcit, ada baiknya kita mencuba untuk menanam bawang sendiri di laman rumah.
Ini sebagai mana menurut Azlina Mat Lazim, bawang sesuai di tanam di tanah lapang dengan keadaan cuaca panas dan tanaman bawang ini tidak suka dengan air.
Tambahnya lagi, biasanya untuk menanam bawang perkara utama kena lihat tujuan ia ditanam. Sama ada ditanam untuk isinya atau menanam bawang untuk diambil daunnya sahaja. Tujuan yang berbeza ini akan menentukan cara tanaman yang perlu dibuat. Ini sebagaimana yang dijelaskan detail oleh Azlina. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!
Mudahnya Tanam Bawang
Tanam untuk tujuan dapatkan ubi bawang caranya potong akar dan kepala bawang seperti gambar di bawah.
2. Jika tanam untuk tuaian daun, hanya potong kepala bawang seperti gambar di bawah.
Tujuan potong kepala bawang untuk percepatkan proses pengeluaran daun bawang. Manakala bawang yang dipotong akar tidak boleh diambil daunnya, nanti mati pokok bawang berebut neutren
3. Bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah. Tanam hanya 3/4 sahaja dalam tanah.
bila dah kuar daun tinggi sejengkal..baru timbus bawang tersebut
Ekstra tip :
-Bawang tidak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bau bawang yang kuat.
-Baja masa mula-mula tanam sahaja.
-Ingat bawang macam Kambing, tak suka air. Jangan rajin mandi bawang.
Sumber : Azlina Mat Lazim
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club