
Suami yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat para isteri. Bagi pelakon veteran Rosnah Mat Aris bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan suaminya, Tajul Efendie Isa merupakan kurniaa Ilahi buatnya setelah hampir 14 tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.
Biarpun pasangan bahagia ini berbeza usia 26 tahun, bagi Rosnah ia bukan penghalang untuk dia menghormati suaminya.
Memetik, mStar Online, Rosnah mengakui kadang kala keliru sama ada suaminya itu seorang yang muda atau berusia lantaran sikap suaminya yang matang.
“Saya kadang-kadang terfikir saya kahwin dengan orang muda ke atau orang tua sebab cara dia berfikir dan layan saya macam dah berusia, matang.”
Suami manjakan Rosnah
Dalam pada itu, pelakon veteren ini mendedahkan bahawa dalam tempoh perkahwinannya, suaminya telah mengubah dirinya menjadi seorang yang kasar kepada bersifat manja.
Kesempatan itu, jauh di sudut hatinya meluahkan rasa syukur apabila rumahtangganya bertahan ke hari ini. Turut berkongsi rahsia kunci kebahagiannya.
“Kami bertahan sehingga sekarang sebab saya percaya tiga benda iaitu jujur, ikhlas, amanah.”
ARTIKEL POPULAR:
“Duit Banyak Tak Semestinya Beli Kereta Mewah.” Khairulaming Pilih Bezza Tarik Perhatian Netizen.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Sumber: divarosnahmataris
Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga

Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
Memang benar kata perpatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Jika kita ada kemahuan untuk berjaya kita pastinya akan melakukan yang terbaik apa jua susah macam mana pun.
Jiwa tetap bersemangat untuk mengorak langkah menuju kegemilang. Tidak kira siapa kita, sudah tentu semuanya inginkan kejayaan.
Bangkit daripada masa lampau yang ‘hitam’, siapa sangka pelajar juvana yang terkenal dengan keganasan akhirnya berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

Sebagaimana kisah kejayaan ini yang harus dijadikan teladan buat kita semua. Bahawa kejayaan itu perlukan kesungguhannya.
Bayangkan bagaimana pelajar juvana ini belajar dalam tahanan dalam keadaan ruang pembelajaran yang terhad.
Tiada suasana kasih sayang ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan pelukkan. Namun semangat wajar pelajar juvana ini yang mahu berubah mengatasi segalanya. Dirinya mahu membuktikan dia telah berubah dan mahu membina hidup baru dan menjana nama baik keluarga.
Sebagaimana laporan akhbar, majlis diadakan hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meraikan seramai 60 orang pelajar yang telah berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013.
Kesemua pelajar dirai dalam enam kategori terpilih iaitu Anugerah Akademik Cemerlang (Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah), Anugerah Ko-Kurikulum Cemerlang, Anugerah Sijil Kemahiran, Anugerah Lonjakan Saujana SPM 2013, Anugerah Khas Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan.
PERNAH CURI MOTOSIKAL PELAJAR INI TAK SANGKA DAPAT 8A!
Penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Afif, 20, memberitahu ini merupakan kali kedua dia mengambil peperiksaan itu dan akhirnya berjaya memperolehi 8A iaitu dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Perdagangan, Ekonomi, Agama Islam dan Sains dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu.
Dia sangat terkejut dan tidak menyangka memperolehi keputusan sebaik itu apatah lagi sebelum ini dia bukanlah seorang pelajar yang rajin ketika berada di sekolah.
Tambahnya lagi dia tidak pernah terfikir akan menerima anugerah ini yang merupakan satu penghargaan yang amat bermakna bagi dirinya serta sebagai pembakar semangat untuk berubah.
Afif merupakan anak kedua dalam keluarga dan disabit kesalahan mencuri motosikal ketika berusia 14 tahun.
Dia melakukan kegiatan berkenaan hanya untuk suka-suka berikutan berasa seronok kerana mendapat duit yang banyak dan boleh membelanja rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun sebelum ditangkap pada tahun 2011, dia telah berniat untuk berubah dan setelah ditangkap ia menguatkan lagi hasratnya untuk berubah.
Perasaan untuk belajar memang tiada cuma minat naiki motor ronda-ronda pastu cari-cari motor baru. Dalam masa 6 bulan pertama kami banyak belajar pasal agama, cara disiplin kawal diri saya boleh pilih nak bengkel ke akademik ker tapi saya pilih akademik saya nak ulang SPM 2011. Cita-cita nak jadi akauntan. Saya dah tak nak buat dah benda-benda ni, nak pergi belajar sambung balik.”
IBU TERHARU
Ibunya, Saripah, 44, yang turut hadir di majlis berkenaan sangat terharu dengan pencapaian anaknya kerana selama ini dia tidak pernah berputus asa berdoa untuk melihat anak kesayangannya berubah dan menjadi insan yang berguna apabila keluar nanti.
Menurutnya, anaknya menjadi harapan kepada keluarga kelak agar dapat menjaga adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) serta ayahnya yang menghidapi penyakit saraf akibat kemalangan sejak 18 tahun lalu.
Seronok la, syukur sebab dia dah banyak berubah kan, untuk masa depan dia, masa dia panjang lagi kan tidak tahulah apa nak kata sebab ayah dia sakit dah lama harap-harap dia lah yang dapat teruskan. Harapkan boleh jaga adik dia yang ada OKU seorang. Kalau ada ibu bapa yang ada anak macam ni doakan lah untuk kejayaan mereka untuk masa depan mereka. Tidak payah lah duk hina-hina kan.”
Bagi pesalah juvana bagi kes membunuh, Duru, 20, muncul penerima Anugerah Sijil Kemahiran Malaysia berkata dia akan berusaha untuk merubah dirinya.
“Belajar di dalam penjara agak santai dengan cikgu-cikgu terlalu mengambil berat dan memberi ruang kepada kami untuk belajar. Mereka tidak terlalu menekankan mereka juga mengajar dan memberi motivasi kepada kami. Daripada situ belajar di dalam ada juga. Mereka tidak hanya mementingkan aspek pendidikan tetatpi jasmani, fizikal dan rohani.
“Saya harap-harap dengan usaha saya ini TYT Pulau Pinang dapat lihat bahawa saya sudah berubah dan memberi saya peluang dan memberi pengampunan kepada saya. Saya juga telah mempersiapkan diri saya supaya menjadi insan yang berguna.”
Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Sri Haji Zulkifli Omar berkata, usaha yang dilakukan adalah salah satu proses untuk memulihkan jati diri pesalah juvana semasa di dalam penjara agar dapat melahirkan insan berguna selain membuka peluang cerah kepada mereka khususnya dalam bidang akademik.
Tambah beliau bagi perancangan akan datang, pihak penjara Malaysia akan membuka sebuah sekolah integriti bertaraf universiti di Puncak Alam yang memfokuskan mata pelajaran Prinsip Akaun bermula pada 1 Januari tahun hadapan yang akan menempatkan 40 orang pertama.
sumber. Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Anak Mengadu Lapar Bila Puasa? Ibu Ayah Boleh Cuba Tip Ni! Sekali Cadangan Menu Untuk Anak Bangun Sahur

Lagi 2 hari je lagi kita nak memasuki bulan yang mulia, bulan Ramadan. Yang merisaukan mak ayah, macam mana nak latih anak berpuasa. Yang mana pertama kali nak ajar anak berpuasa tu, boleh cuba tip mudah ini dari Hello Doktor. Harap perkongsian ini membantu anda semua ya…
Tip bantu anak menahan lapar dahaga sepanjang puasa
Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
- Sentiasa berikan sokongan kepada anak terutamanya jika ini adalah kali pertama mereka berpuasa
- Galakkan anak berpuasa secara berperingkat supaya tubuh mereka dapat membiasakan diri untuk tidak makan selama berjam-jam
- Sarankan anak berpuasa puasa dengan kurma dan/atau air
- Nasihatkan anak untuk makan hidangan iftar atau berbuka puasa secara perlahan-lahan
- Pastikan diet harian anak tetap mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin, daging, buah-buahan dan sayuran
- Galakkan anak untuk minum air secukupnya antara waktu berbuka puasa dan makan sahur – 6-8 gelas sehari. Pilihan minuman boleh terdiri daripada jus segar dan susu
resepi sahur mudah
- Selain menyediakan menu sahur simple dan lazat, makanan yang disediakan juga perlulah berkhasiat serta mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti, protein seperti daging dan ayam, serat daripada buah dan sayuran. Ini bagi membantu membekalkan anak tenaga sepanjang tempoh berpuasa
- Elakkan daripada menghidangkan makanan masin, berlemak, makanan ringan dan tinggi gula kepada anak
- Pastikan anak bangun untuk bersahur setiap hari. Ini dapat membantu mereka kekal fokus di dalam kelas dan sepanjang hari
- Libatkan anak dapat penyediaan resepi sahur mudah dan berpuasa, serta sediakanlah juadah kegemaran mereka
- Jangan benarkan anak berpuasa tanpa bersahur kerana ia boleh menyebabkan mereka lemah dan letih
- Benarkan anak berbuka puasa sekiranya mereka keletihan atau pening
- Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada malam hari dan tidur siang untuk membolehkan mereka mengharungi hari dengan lebih bertenaga
- Elakkan senaman berat yang boleh menyebabkan anak kehausan dan keletihan semasa berpuasa
Resepi sahur mudah untuk anak
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan.
Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
#1 Susu kurma dan badam, resepi sahur mudah dan berkhasiat
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
#2 Menu sahur simple Lempeng pisang madu
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
#3 Pilihan resepi sahur mudah Nasi goreng telur
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak. Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak.
Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.

#4 Omelet keju brokoli
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
#5 Nuget tauhu sayur
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik.
Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Sumber : Hello Doktor
Masker Mudah Bantu Pulih & Rawat Muka Breakout Guna 2 Bahan Je. Wanita Ini Kongsikan Petuanya.

Jerawat atau muka ‘breakout’ antara masalah kulit yang sangat membimbangkan kaum wanita. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Saudari Saleha Maarof berkongsi petua dengan menggunakan masker untuk merawat muka breakout hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja.
Masker Rawat Muka Breakout Guna 2 Bahan Je.
Siapa tahu tips kecantikan rawat muka yang tengah breakout ni. Mudah jee kan tak banyak nak keluar modal pun. Pastu banyak pulak kebaikan pada kulit wajah kita.
Tips ni sesuai untuk korang yang dah tersalah guna produk lambakan dipasaran sekarang.
So, untuk merawat dan bagi muka rileks semula, detox dulu ye cara ni.
Sal bagi petua mudah dan in shaa Allah boleh pulihkan semula kulit korang tu.
Bahan bahan
Sebiji tomato ( dah masak ranum)
1 sudu besar lemon
Cara membuat:
1. Basuh bersih, potong 4 tomato dan lenyekkan je guna tangan tomato tu dah lembut bagi hancur semua ye. Tak perlu kisar pun tau. Bagi texture dia kasar macam dalam gambar.
2. Perahkan sesudu besar buah lemon.
3. Campur kedua dua bahan tersebut. Lepastu kacau lah bagi kedua dua bahan tu sebati elok ye.
4. Cuci muka dengan air suam dulu, bagi liang pori terbuka. Dan boleh lah letak bahan ni kat muka korang. Baca Bismillahirohmanirohim dulu ?
5. Biarkan dalam 15 ke 20minit ye. Baru bilas dengan air bersih ye.
Kebaikan lain bila buat masker ni kan, adalah seperti berikut :
1. Merawat kulit dari parut jerawat
2. Merawat dari kesan kusam
3. Tegangkan dan anjalkan kulit muka
4. Merawat masalah jeragat
5. Membantu mengecutkan jerawat
6. Menjadikan tona kulit jadi sekata
Buah lemon ni ada Vitamin C dan antioksidan so baik sangat untuk glowingkan muka kita tau.
Amalkan tips kecantikan dan merawat muka dari breakout ni 3kali dalam seminggu ye.
Inshaa Allah kulit muka korang akan beransur baik dan berseri semula.
Sebarkan kebaikan tips ni kat kawan kawan korang yang ada masalah macam ni. Mana tahu ia bermanfaat kat korang. Lagi pulak tak perlu keluar modal yang besar kan.
Sal izinkan untuk korang share. Silakan?