Sambal antara menu yang paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Sambal juga selalunya dimasak dengan jumlah yang banyak untuk dibuat stok kerana boleh tahan agak lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
Kali ini resipi sambal yang akan dikongsikan oleh Ina Abbas
adalah sambal tempoyak daun kayu sememangnya tidak akan menghampakan. Tempoyak sangat sinonim dengan isi durian yang dimasak dijadikan sambal.Di samping rasanya yang sangat unik dan sedap sambal ini juga antara menu yang sihat kerana menggunakan bahan-bahan organik seperti sayur dan ulam-ulaman.
Sambal Tempoyak Daun Kayu
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Pucuk ubi direbus sampai empuk.
– Dalam kuali/periuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan, blend bawang kecil yang dihiris.
– Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.
– Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.
– Masukkan asam keping, secukup rasa, garam dan gula.
– Kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis dan petai.
Sumber: Ina Abbas