Sambal antara menu yang paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Sambal juga selalunya dimasak dengan jumlah yang banyak untuk dibuat stok kerana boleh tahan agak lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

Kali ini resipi sambal yang akan dikongsikan oleh Ina Abbas adalah sambal tempoyak daun kayu sememangnya tidak akan menghampakan. Tempoyak sangat sinonim dengan isi durian yang dimasak dijadikan sambal.

Di samping rasanya yang sangat unik dan sedap sambal ini juga antara menu yang sihat kerana menggunakan bahan-bahan organik seperti sayur dan ulam-ulaman.

Sambal Tempoyak Daun Kayu

Tak Cari Lain, Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Pekat Versi Simple Ni Confirm Menyelerakan!

Bahan-Bahan: 

Ads
  1. Cili api
  2. Kunyit hidup (serbuk pun boleh)
  3. Serai
  4. Sedikit ikan bilis (Blend dengan sikit air)
  5. Bawang kecil
  6. Pucuk ubi
  7. Daun kunyit (dihiris halus)
  8. Ikan bilis (digoreng garing atau tak – terpulang)
  9. Petai
  10. Santan pekat
  11. Tempoyak
  12. Asam keping

Cara-Cara: 

– Pucuk ubi direbus sampai empuk.

Tak Cari Lain, Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Pekat Versi Simple Ni Confirm Menyelerakan!

Ads

– Dalam kuali/periuk, masuk minyak sikit dan tumis bahan, blend bawang kecil yang dihiris.

– Bahan tumis dah naik bau, masukkan tempoyak.

– Tumis lagi sampai naik minyak sikit, masukkan santan pekat.

Ads

– Masukkan asam keping, secukup rasa, garam dan gula.

– Kuah mendidih, masukkan pucuk ubi, daun kunyit, ikan bilis dan petai.

Tak Cari Lain, Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Pekat Versi Simple Ni Confirm Menyelerakan!

Sumber: Ina Abbas

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI