“Tak Buat Heavy Workout Out Pun, Breastfeed Je Alhamdulillah.” Ika Nabella Dedah Rahsia Berat Badan Kini 50kg!

Share

Hampir 9 bulan melahirkan bayi sulungnya, pelakon Ika Nabella dalam satu perkongsian memberitahu, beratnya kini turun kepada 50 kilogram (kg).

Ini hasil dia melakukan sedikit senaman selain menyusukan anaknya Muhammad Noah Zayn.

Menurut Ika dia cuba hendak konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.


“Mommy is back! Haha sanggup book class 8 malam semata-mata nk cuba indoor cycling yang famous tu.

“Makan hati tengok mak-mak yang pergi workout pakai sportbra tayang perut flat. I pun nk jugak flat mcm tu hehe.


“Perut Mamika dah flat. Berat pun dah 50kg dari 72kg. Tak buat heavy workout out pun, breastfeed je Alhamdulillah 500-700 calories hangus everyday.

“Tapi apa salahnya start balik work out macam dulu. Tone up sikit sisa-sisa melahirkan tu. Sekeping sangat pun tak lawa. Ayah Noah Zayn suka yg padu sedap pelukkan,” katanya yang memuat naik sekeping foto ketika mengunjungi gim baru-baru ini.