“Tak Boleh Tidur, Mula Cakap Dengan Dinding.” Deja Moss Dedah Rahsia Hidup, Diuji Masalah Kesihatan, Depresi & Penyakit Misteri!

Share

Dia pernah melalui dua fasa depresi sebelum dan selepas perkahwinan pertamanya dahulu. Ketika itu, hidupnya hanya bergantung ubat yang disyorkan doktor termasuk pil tidur.

Malah, lebih menakutkan masalah kesihatan mental turut mendorongnya berputus asa untuk terus hidup.

“Saya alami depresi hingga tahap tidak boleh tidur malam sejak 2004. Saya mula fikir bukan-bukan apabila tinggal seorang diri pada ketika tidak sibuk dengan undangan persembahan.

“Jiwa kosong dan fikiran selalu mengelamun. Sampai tahap saya pernah bercakap dengan dinding dan rasa seperti diri tidak berguna.

“Apabila bertemu doktor, saya disahkan mengalami depresi. Tetapi, ada juga menganggap gangguan misteri. Selepas bercerai saya kembali berdepan dengan depresi. Alhamdulillah, kini tidak lagi,” katanya.

Deja Moss, mendedahkan rahsia kehidupan peribadinya menerusi autobiografi berjudul Hidupku Takdirku. Bukan sengaja membuka aib sendiri, namun penyanyi Terbaik Asia, Festival Muzik Asia 2005  ini berkongsi pengalaman bagi memberi semangat kepada insan dibelenggu masalah peribadi untuk bangkit semula.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada keluarga terutama  ibu bapa dan teman  yang banyak memberi sokongan kepadanya ketika berdepan dengan tekanan perasaan.

“Kali pertama saya terus menghubungi ibu apabila timbul perasaan tidak mahu hidup. Ketika itu, saya minta maaf. Ibu mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.

“Apabila perasaan tidak tenteram datang lagi, saya menghubungi bapa pula. Bapa minta saya mengucap. Saya menenangkan diri dengan solat.

“Kali ketiga saya ditenangkan kawan baik. Dia minta adiknya menemani saya dan memberi banyak nasihat agar saya bangkit semula,” katanya.

Bersama ibu yang banyak memberi sokongan

Namun, Deja berkata, depresi datang lagi selepas rumah tangganya berantakan.

 

“Saya langsung tidak boleh fokus pada perniagaan kek lapis. Buat kek pun jadi serba tidak kena. Akhirnya, saya terpaksa melakukan keputusan paling besar dalam hidup untuk menutup operasi perniagaan,” katanya.

Menerusi autobiografi setebal 200 halaman yang ditulisnya, wanita kelahiran Kuching, Sarawak itu mendedahkan banyak rahsia termasuklah jatuh bangun dalam industri muzik, diuji masalah kesihatan mental, depresi, penyakit misteri dan kegagalan dalam rumah tangga pertama.

“Saya menghadiahkan autobiografi Hidupku Takdirku buat peminat sebelum berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat (AS). Saya akan terbang ke AS pada 10 Julai ini, memandangkan sudah lebih setahun duduk berjauhan dengan suami yang ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria, Maher Khani.

“Idea menghasilkan autobiografi tercetus, pertengahan tahun lalu. Saya mahu berkongsi bagaimana saya bangkit semula dan keluar daripada kegelisahan hidup.

“Jujurnya, jiwa pernah kosong hingga selalu bercakap dengan dinding, itu antara mimpi ngeri buat saya ketika berdepan masalah kesihatan mental selama empat tahun,” katanya kepada BH Online.

Autobiografi Hidupku Takdirku dijual dalam bentuk fizikal dan talian menerusi E-buku sejak seminggu lalu. Ia juga boleh dibeli di platform Shopee dengan harga RMRM39.90 senaskhah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam IG @therealdejamoss.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.