“Tak Boleh Simpan Rahsia, Petik Habis Kawan.” Ditegur Polis Main Tepi Sungai, Ramai Terhibur Dengar Loghat Kanak-Kanak Ni

Share

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang abang polis sedang menasihati dua kanak-kanak supaya pulang ke rumah.

Anggota polis terbabit dikatakan terserempak dengan kanak-kanak tersebut di di tepi sungai. Walaupun begitu, mereka tidak dibawa ke balai polis sebaliknya hanya diberi nasihat.

Ramai yang memuji tindakan anggota polis tersebut yang tidak mendenda sebaliknya menasihati seperti seorang ayah.

Namun apa yang melucukan ramai adalah gelagat kanak-kanak terbabit ketika dinasihati.  Kanak-kanak tersebut siap petik nama rakan lain demi menyelamatkan diri daripada ditangkap membuatkan ramai yang terhibur.

Dalam pada itu, perbualan mereka yang kedengaran seperti menggunakan loghat utara, tapi ada beberapa perkataan seperti loghat Terengganu atau pantai timur.

Memang menarik bila dengar perbualan mereka dalam loghat tersebut, tak kurang ada yang terhibur.

Tindakan abang polis tersebut yang menasihati kanak-kanak itu dengan cara baik patut dipuji. Apa-apa pun, kita pun patut ikut nasihat abang polis tersebut untuk duduk di rumah kalau tiada urusan penting di luar.

Sumber: sinar_my

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club