
Siapa kata lelaki tak boleh beli emas? Kini emas bukan sahaja untuk dimiliki oleh kaum wanita tetapi juga kaum lelaki.
Tetapi jangan salah faham. Emas bukan untuk dipakai oleh kaum lelaki tetapi untuk dijadikan pelaburan untuk jangka masa panjang.
Tambahan pula, diwar-warkan emas bakal mengalami kenaikan kadar harga pada tahun hadapan.
Sebagaimana perkongsian ini, Yoe Jangok di grup Update Harga Emas Semasa bahawa bergelar lelaki tidak menghalang dirinya untuk memiliki emas sebagai aset. Biarpun masih bujang, ia nekad untuk memiliki barang kemas ini.
Beli emas untuk pelaburan
Terpengaruh dgn kakak-kakak otai emas dlm group ni. Untuk pelaburan saya beli yg mcm ni je. Yang emas used, emas scrap dan emas lama.
Almaklum la nak beli yang cun-cun berdesign pun tak boleh pakai sebab jantanzz hahhahah.
Alhamdulillah jimat upah. Pasni nk kahwin kita jual balik.

Meninjau di ruangan ramai berpendapat cara lelaki berkenaan adalah tindakan yang betul memandangkang harga emas akan naik masa akan datang.


Sumber: Yoe Jangok
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ads
Ads
Ads