Semalam Buletin Utama satu laporan mengenai kesukaran penduduk di Sabahuntuk mendapatkan keperluan makanan memandangkan kawasan tersebut dalam  Perintah Kawalamn Pergerakan Diperketat (PKPD).

Dalam laporan tersebut ada menyiarkan detik sedih apabila bot ronda Polis Marin RH47 dikejar oleh seorang penduduk masyarakat Bajau Laut Pala’u di Semporna, Sabah di mana mereka merupakan penduduk Kluster Bangau Bangau.

Penduduk berkenaan dikenali sebagai Pakcik Ladja mendayung sampannya menghampiri bot Polis Marin untuk memberitahu bahawa ada beberapa rumah di kawasannya tidak mendapat bantuan makanan.

“Itu Kampung Halo hujung laut. Bahagian depan sudah dapat bantuan, tapi kami tidak ada. Kami tiada makanan Tuan, sebab tu kami terpaksa turun ke laut.”

IKLAN

Difahamkan sebanyak 27 buah rumah di kawasan berkenaan tidak mendapat bantuan makanan dan disebabkan itu mereka terpaksa korbankan diri untuk turun ke laut bagi mendapatkan sumber makanan demi kelangsungan hidup.

Pakcik Ladja merayu semoga ada bantuan dapat diberikan kepada penduduk di Kampung Halo kerana mereka tiada kemudahan jambatan untuk ke jambatan yang dihubungkan dengan tanah besar Semporna.

Sayu hati apabila melihat usaha pakcik Ladja yang mendayung sampan uzurnya demi memohon bantuan walaupun dalam masa yang sama sampan yang dinaikinya itu sudah dimasuki air laut.
Tidak lama kemudian berita baik muncul apabila bantuan yang diminta olehnya sudah sampai ke penduduk setempat.

“Wahai orang-orang kampung… Datang kami sini, bantuan makanan sudah sampai.”

Rata-rata komen di Twitter berterima kasih atas bantuan pantas yang diberikan oleh pihak polis dan NGO yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan.