Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
“Apabila berumah tangga misi dah lari dan pastinya saya lebih mengutamakan keluarga. Apatah lagi waktu itu, saya melalui proses bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya selama dua tahun. Kemudian lahir pula anak kedua, jadi proses itu memakan masa yang panjang dan tiada masa untuk melakukan hal lain.
“Anak saya yang sulung, Elsa Johan berumur 7 tahun dan yang kedua, Mya Johan 4 tahun. Lepas berhenti susukan anak sulung, mengandung pula yang kedua. Apabila orang tanya ke mana saya menghilang, itulah yang berlaku sebenarnya.
“Sekarang anak makin membesar dan saya cuba juga anak ketiga tapi belum ada rezeki. Jadi masa terluang ini saya fokus pada kerja dan ingat mungkin nak kembali menyanyi. Selain itu, saya juga menjadi hos bagi program Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah selain beberapa program lain bersama dengan stesen ini.
“Selain itu, saya juga buat dengan RTM, jadi apabila keluar tentang Pencarian Hos Mingguan Wanita, jadi saya pun cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Lagipun dah lama tak masuk Astro dan terus cuba memandangkan suami dan adik saya pun bagi sokongan,” ujar Farah yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya bersama Top sekali gus meraikan 5 keluarga pemenang Kempen Gaya Raya Bersama Top dan Jovian Mandagie anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Lama meninggalkan industri seni, Farah tidak menafikan sedikit ‘canggung’ namun teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di Astro.
“Ada yang dulu krew biasa waktu saya masuk AF tapi dah berpangkat sekarang. Memang saya jadi teruja dan bila cakap nak buat ‘comeback’ ada yang terkejut dan turut memberi sokongan. Ramai lagi kawan-kawan saya dalam industri nyanyian dan saya cuba-cuba menyanyi semula.
“Dulu saya tinggal di Pulau Pinang sampai sekarang, tapi mungkin akan berpindah ke Kuala Lumpur nanti. Buat masa sekarang anak dijaga oleh suami dan ibu mentua selain pembantu yang tenggokkan, jadi lega lah sikit. Mujurlah suami memahami bila saya terpaksa berulang-alik walaupun terpaksa ‘stuggle’.
Ads
“Awal-awal tinggalkan anak dulu waktu pencarian hos membuatkan anak-anak cari. Sebulan kena siapkan tugasan sehinggakan tidak dapat pulang ke rumah seminggu lebih. Mereka syik tanya bila nak balik.
“Itulah pengorbanan kita, kerinduan yang ditanggung. Memang asyik teringat anak, dah makan belum, sihat atau tidak. Itulah masalah utama, namun alhamdulillah saya dapat mengatasinya,” ujar Farah sambil mengakui seronok dapat belajar dan kutip ilmu baru dari orang muda terutama dalam sosial media dan sebagainya.
Mengambil keputusan berhijab 9 tahun yang lalu, akui Farah semuanya adalah ‘kerja’ Dia Yang Di Atas.
“Bila cakap pasal hidayah semuanya terletak pada Dia yang menentukannya. Pengalaman sendiri yang melalui banyak membuka mata saya. Waktu itu saya join penggambaran Rasa Halal Orient di Kemboja.
“Waktu itu berjumpa dengan orang susah, yang belajar agama tapi Ya Allah hebatnya mereka. Semangat dan iman yang kuat untuk belajar. Kalau kita meletakkan diri pada situasi tersebut, dengan tiada makanan, duit dan elektrik yang tidak mencukupi dan sebagainya membuka mata saya.
Ads
“Lepas pulang ke tanah air, saya cakap pada ayah yang kebetulan jaga saya ketika itu, rasanya sampai masa dah memandangkan orang lain ‘struggle’ nak belajar agama. Kita ni yang aman damai kadang kadang lupa. Tetapi saya belum pakai tudung kerana abah waktu itu was-was dengan keputusan saya.
“Kebetulan komitmen saya masih bergelar duta untuk beberapa produk. Mujur klien memahami dan bagi respond positif. Tak lama lepas tu saya jumpa satu ayat dalam surah An-Nur dan itulah yang membawa saya pada tahun 2010 untuk bertudung,” jelas Farah bercerita pengalaman apabila mengambil keputusan berhijab.
Ditanya hubungan bersama mentua memandangkan dia tinggal lama bersama selepas berkahwin, akui Farah semuanya bergantung pada pembawaan diri.
Ads
Min respect dengan Farah Anuar, lama duduk bersama mak mertua! Bukan takat mak mertua tolong backup, malah sempat lagi ye korek rahsia suami demi kebahagiaan bersama pasangan tersayang! Semoga berbahagia sentiasa. amin..#keluargamag#chitchat
“10 tahun tinggal bersama alhamdulillah tiada sebarang masalah. Ibu mentua jenis yang ‘back up’ menantu dan bukannya anak sendiri. Kira ektra point untuk kita kerana walaupun kenal dengan suami 5-10 tahun sebelum kahwin, tetapi apabila duduk serumah dan sebilik jangan kata kita kenal dia 100%, belum tentu lagi. Dengan adanya ibu mentua, bolehlah korek rahsia untuk memenangi hati suami.
“Dengan mentua pula, kami selalu bantu antara satu sama lain selain memberi dan menerima. Walaupun ada turn memasak, tetapi selalunya ibu mentua masak kerana air tangan dia terbaik. Tetapi kalau saya memasak, ibu pun datang bantu. Bila dia buat kerja, saya pula bantu dia. Masing-masing main peranan. Tak boleh dua-dua ego dan keras kepala. Takkan ada ‘chemistry’ kat situ.
“Alhamdulillah kerana mentua cikgu sekolah (pencen). Minda dia jenis yang terbuka dan rezeki saya dapat ibu mentua yang baik dan memahami. Di dalam rumah itu ada adik-beradik lain dan memang suasana riuh. Bapa mentua dah lama meninggal dunia dan kerana itu kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan menjaganya,” ujar Farah lagi.
Jika dah jadi mak-mak ni memang kena kreatif dan serba boleh. Apa sahaja yang anak, para ibu akan sedaya upaya akan memberikan yang terbaik. Melalui perkongsian terbaru oleh Farah Lee, yang merupakan nama yang tidak asing lagi dalam media sosial, telah berkongsi cerita bahawa telah berjaya menunaikan permintaan anak tunggalnya, Maream untuk memotong rambut.
Bekas isteri Ally Iskandar itu mula mendapat perhatian sejak mereka berpisah 2006, yang juga merupakan pemilik pemilik pakaian Omma dan Essabel dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang bijak dan berdikari dalam mendidik anaknya.
Melalui kapsyen yang ditulisnya, dia tidak menghalang anak perempuannya untuk berambut pendek asakan tahu menghormati orang tua.
PENUHI HAJAT ANAK TAHUN LEPAS, NAK POTONG RAMBUT
Ada sesiapa nak dapatkan khidmat potong rambut dari Omma.? Hiks. Memenuhi permintaan anak dara yang dari tahun lepas request nak rambut spiderman ?
Omma was2 nak bagi greenlight. Tapi omma ingat dedulu omma kecik2 pun rambut tak pernah nak lepas bahu. Main pulak bola sepak. Bekki basikal. Panjat pokok. Tapi dah besar ayu je. Sopan, lembut, hormati orang tua, baik budi bicara, pandai masak, kemas rumah kahkah. Suami je tak pandai jaga sikit.
DIDIK ANAK TENTANG GENDER
Well, Maream started to request ‘boy hair’, nak jadi boy, sebab people keep telling her “Perempuan tak boleh suka spiderman”. Like seriously.? Kitab apa korang refer.? Hehs.
Gender obviously is a social construction. Social yang define gender tu macam mana. Society kita define perempuan as : “Perempuan kena rambut panjang, kena suka pink, kena main masak2”. Jadinya bagi budak2 yang tak suka ‘definition gender’ tersebut macam Maream ni terus concretely decide untuk jadi ‘boy’. So wrong.!
So since then, I have to keep telling her that girls can also like black, like spiderman, play football, repair cars – and that doesn’t make her a boy. She doesn’t have to change her sex to do that. It’s just her preference. Because I once grew up as ‘socially constructed boy’ and I still able to give birth to you, Maream
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Berita tersebut dikongsikan Alif menerusi laman Instagramnya sendiri tadi.
Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkongsian berita yang mengejutkan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Hos terkenal ini yang memakai pakaian hospital. Alif semalam baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari. Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan..
Memasak memang semua boleh buat, tapi kalau tak tahu caranya memang tak menjadi. Begitu juga dalam bab masak sotong. Walaupun nampak ringkas, tapi selalu juga bila kita masak terasa liat pula untuk dimakan. Mungkin kah sebab terlebih lama dimasak atau terlalu sekejap dimasak? Hanya yang biasa dan pakar je tahu jawapannya.
Untuk itu, ketahui petua yang dilakukan oleh Puan Khatijah Abdullah untuk pastikan sotong masak sambal tumis sedap rasanya dan yang penting tidak liat. Nak tahu lanjut jom semak.
Langkah 3 : Angkat sotong yang telah direbus dan asingkan air rebusan untuk dijadikan air tumisan ketika memasak hidangan.
Langkah 4 :Tumis sambal seperti biasa dan apabila semuanya sudah ready, masukkan sotong yang telah direbus tadi dan siap dihiris. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.