Wajah semestinya menjadi aset penting bagi seorang wanita terutamanya bagi mereka yang sudah bertambah usia. Kedutan, garis halus dan bintik hitam sememangnya umpama mimpi ngeri bagi wanita melainkan bagi mereka yang menjaga dengan rapi tentang penjagaan muka.
Namun, ada sesetengah wanita walaupun usianya dah menjangkau separuh abad, tetapi masih lagi kekal cantik seperti wajahnya muda dahulu. Misalnya pelakon Datin Seri Maria Farida di mana perkongsiannya baru-baru ini mendapat perhatian ramai di mana wajahnya ketika 26 tahun lepas tidak berubah hingga kini.
Perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram itu ‘throwback’ khas bersempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya pada Ahad lalu.
“My sonshine turns 26 y/o today! The tiny baby I held in my arms has brought so much happiness in our lives 🤍 . You bring joy to everyone around you.. and your smile always lights up the room. So on your special day, I wish only the best that life can offer you, because you truly are the best son any mother could ask for” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, Rata-rata netizen turut terpesona dan memuji kecantikan pelakon drama siri popular Akira Khan itu masih persis anak dara.
Terdahulu, Maria pernah meluahkan rasa terkilan dengan kecaman netizen terhadapnya yang mendakwa dia melakukan suntikan untuk sentiasa kelihatan muda.
Bagaimanapun, Maria menerusi temu bual media menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau pembedahan memandangkan dirinya sendiri takut dengan jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
Sumber : Instagram Maria Farida, Gempak