
Bila bercakap tentang raya mesti ramai yang dah terfikir tentang duit raya kan? Mana tidaknya tradisi ini amat menguntungkan bukan sahaja kepada golongan bujang.
Tak ketinggalan dapat duit raya, isteri kepada pelakon Fendy Bakry dikatakan bertuah kerana tidak mendapat duit raya sebaliknya kad ATM.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh isterinya di TikTok @ayuafnizar, Fendy Bakry memberi kejutan kepada isterinya sewaktu salam raya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi kepada video tersebut.
Untuk rekod, Fendy atau lebih dikenali sebagai Mr Grey itu telah berkahwin dengan pilihan hatinya Ayu Afnizar pada 2020.
Sumber: @ayuafnizar
Senangkan Hati Isteri Dulu, Barulah Rezeki Suami Melimpah Ruah. Bahagianya Perkongsian Ini

Mudahnya jika nak menjemput rezeki. Hakikatnya syurga seorang isteri pada suaminya, tapi tahukah wahai encik suami, bahawa rezeki anda sedikit sebanyak datangnya dari isteri anda sendiri. Pastinya dalam perkahwinanmengharapkan ganjaran rezeki yang melimpah ruah agar kita beroleh rumah tangga yang penuh harmoni.
Sesungguhnya apabila suami memberikan layanan baik dan menyenangkan hati isteri tentu bahagia rumahtangga itu. Sekali gus, setiap hari isteri akan titipkan doa buat suami. Dan ketahuilah doa isteri adalah mustajab kepada suaminya, seterusnya menghadirkan rezeki yang melimpah ruah buat suami dan keluarganya. Oleh itu, wahai suami, senangkan hati isteri mu. Begitulah yang diamalkan oleh suami ini Hafizul Hakim melalui perkongsiannya dilaman facebooknya. Moga bermanfaat bersama.
___________________________________________________________________
Rezeki lelaki terletak pada kebahagiaan isteri. Anggap bacaan santai ini sebagai ‘Refresher Course’ masa kursus kahwin dulu.
Kalau PUBG dapat layan lama-lama, yang ini pun boleh ye. Bismillah.
1. Ketahui minat dan kesukaan mereka. Sekali sekala beli dan hadiahkan untuk isteri kita. Kalau dia suka karipap, kita belikan yang paling besar dan special.
Mereka juga ada ‘geng’ masa di universiti dan pejabat. Kalau mereka ada aktiviti dirancang, kita benarkan.
2. Luangkan masa khusus berbual dengan isteri. Cakap soal ofis, anak dan perancangan masa depan. Kebiasaannya perempuan ni kalau mereka ‘stress’, dia tak nak bagitau kita.
Komunikasi ini akan bantu pulihkan emosi mereka
3. Ajak isteri keluar berdua. Pergi ajak tengok wayang ke, makan tempat special sikit. Tak lama pun, mungkin hanya sejam dua dalam sebulan.
Masa berdua ini sangat mahal lepas dah ada anak.
4. Andai baru menimang cahaya mata. Kongsi tanggungjawab sama-sama. Belajar basuh berak anak, dodoi anak malam-malam. Betul, memang tak selesa tapi korang mesti buat.
Biarkan isteri rehat cukup supaya mereka tenang.
Apabila jiwa ada ketenangan, susu ibu mudah keluar. Ini petuanya. Rehat cukup.
5. Sekali sekala belikan barang kecantikan mereka. Minyak wangi, pencuci muka. Invest untuk isteri sendiri takkan rugi. Orang puji mereka, kita jugak yang suka nanti.
6. Hadiahkan pakaian atau tudung kegemaran. Biasanya mereka akan nafikan tak nak, tapi jauh dalam sudut hati mereka walau sebesar zarah mereka nak.
Bagi je, mesti mereka senyum. Tutup pintu bilik, confirm melompat-lompat atas katil dapat hadiah. Kah kah.
7. Hormati orang tua mereka. Kekadang bawak sekali pergi makan atau berjalan. Restu dan kebahagiaan keluarga, kuncinya mencintai orang kesayangan si isteri.
8. Berkawan dengan anak-anak. Sebut kebaikan isteri depan mereka. Nasihati dengan cara berjenaka tapi ada pengajaran.
Sebut kebaikan mereka depan anak dan kawan-kawan. Tinggikan martabat mereka.
9. Bantu isteri buat kerja rumah, sapu sampah, lipat kain baju atau tidurkan anak-anak. Biar mereka ada ruang untuk ‘me time’ .
10. Baca hadis dan tadabbur quran bersama isteri. Jangan fokus hanya pada dunia tapi lupa pada akhirat. Setiap perlakuan isteri, yang menanggung dosa adalah suami.
Nasihat cara hikmah, insha Allah mereka akan terima. Biar kita jadi suami yang dikenang dan dirindui selalu andai kita pergi dulu.
“Jangan menyesali apa yang tidak pernah kamu miliki. Sesalilah apa yang kamu miliki namun tak pernah kamu hargai.”
Hafizul Hakim
Happy wife, happy life!
Tips murah rezeki saya kongsikan di Channel Telegram,https://t.me/MrHafizulHakim
Nellysa Kongsi Nama Anak, Ucapan Nelly Buat Anak Buat Ramai Sebak!

Selamat melahirkan bayi sulungnya pada 18 Mei lalu, pempengaruh Nellysa Norazlan berkongsi nama buah hati kesayangannya dan suami.
Nelly dan suaminya, Multazam sepakat memilih nama indah iaitu, Muhammad Eushaq yang mempunyai makna yang cukup hebat.
“Hi Aunty Uncle, nama saya Muhammad Eushaq Bin Muhammad Multazam. Pronounciation (Yusya’)
“Sebetulnya nak namakan dia Eusha’ taip disebabkan ramai cakap susah kalau ada simbol (‘) tu mummy tukar ke Q dekat belakang.
“Semoga Eushaq menjadi anak yang baik dan hebat ya. Hari-hari mummy doa agar lahirnya Eushaq dapat membalut hati kami yang luka ini,” tulisnya Nelly di ruangan kapsyen.
Malah kata Nelly dalam entrinya, dia juga berharap anak kesayangannya itu dapat menjadi anak yang berguna dan bertanggungjawab malah dapat membantu adiknya, Akif kelak.
“Walaupun atok tak dapat tengok Eushaq, pasti dia gembira sebab mummy satu-satunya anak yang mampu bagi dia keturunan. Dah besar nanti jaga uncle Akif tau,” tulisnya.
Menerusi perkongsian video Nelly yang berkongsi perkongsian dari Ustaz Wadi Anuar, nama Eushaq diambil bersempena nama Nabi Eushaq, seorang Nabi yang cukup hebat malah satu-satunya manusia yang diberikan mukjizat oleh Allah untuk menghentikan peredaran matahari.
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kota Madinah, Banyak Tempat Menarik Boleh Pergi, Suami Isteri Boleh Jalan Kaki Sama-sama

Isi Kandungan
ToggleKota Madinah ada banyak tempat menarik boleh pergi, suami Isteri boleh jalan kaki sama-sama. Sekian lama, kota suci kedua umat Islam selepas Makkah ini menjadi benteng atau tapak perlindungan iman khususnya kepada Rasulullah SAW ketika melalui zaman yang penuh mencabar.
Umat Islam digalakkan untuk mengunjungi Madinah yang menjadi tradisi terutama umat Islam di seluruh dunia ketika melaksanakan ibadat haji dan umrah. Kita mungkin boleh melancong ke banyak tempat lain, namun berada di kota suci Madinah sama sekali berbeza kerana perjalanan itu boleh disifatkan sebagai kembara iman.
Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati ketika menjejakkan kaki ke bumi Madinah. Dengan hanya berjalan kaki, anda boleh menikmati panorama indah di sepanjang perjalanan.
Bagi pasangan suami isteri pula, anda boleh berjalan bersama sambil meneroka tempat-tempat yang bersejarah ini. Berikut dikongsikan ENAM tempat bersejarah yang anda boleh lawati ketika berada di kota Madinah.
ENAM TEMPAT YANG MENARIK DI MADINAH DENGAN HANYA BERJALAN KAKI

Madinah merupakan tarikan kedua selepas Makkah bagi umat Islam. Dan seperti yang kita belajar dari sekolah lagi Madinah merupakan yang tenang dan nyaman di mana di situlah terletaknya makam Rasulullah SAW. Dan menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam yang datang ke Madinah untuk ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW.
Masjid Nabawi di Madinah, merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah kita diketahui, masjid ini menjadi terbesar kedua di dunia setelah Masjidil Haram di Makkah. Rumah ibadah tersebut juga merupakan tujuan bagi umat yang ingin ziarah makam Rasulullah dan solat di dalamnya.
Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, banyak tarikan yang ada di Madinah. Bagi mereka yang tidak berkesempatan lagi, tidak perlu risau dan bersedih. Dengan hanya berjalan kaki, anda dapat melihat enam tarikan yang ada di Madinah.
𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗡𝗔𝗕𝗔𝗪𝗜

Tidak lain dan tidak bukan tarikan utama di Madinah ialah Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia.

Keistimewaan di masjid ini selain daripada mendapat ganjaran pahala 1000 kali jika solat di masjid Nabawi, ia dikelilingi dengan payung gergasi yang akan tertutup dan terbuka secara automatik mengikut suhu di sana.
RAUDHAH @ TAMAN SYURGA
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Untuk pengetahuan anda, ‘petua’ untuk mengenali kawasan Raudhah dengan mudah adalah ia bersebelahan makam Rasulullah SAW dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah. Di situ, para Jemaah digalakkan untuk perbanyakkan doa kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang dimakbulkan doa.
PERKUBURAN BAQI’
Perkuburan Baqi’ atau dikenali sebagai Jannatul Baqi’ terletak di sebelah tenggara (kiri) Masjid Nabawi. Perkuburan Baqi’ ini merupakan perkuburan yang paling mulia. Rasulullah SAW sering menziarahi perkuburan ini. Ada hadis mengatakan, ahli-ahli kubur Baqi’ adalah yang pertama akan dibangkitkan di akhirat kelak.
Sekiranya para jemaah mahu datang melawat, waktu lawatannya adalah selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Selain waktu itu, para jemaah dibenarkan masuk sewaktu ada jenazah yang hendak dikebumikan. Dan lawatan ini khas buat kaum Adam (lelaki) sahaja.
Di perkuburan Baqi’ ini dianggarkan lebih 10,000 sahabat Baginda SAW disemadikan di sini sekali gus mereka yang datang ke bumi Madinah al-Munawarrah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menziarahinya.

MASJID GHUMAMAH
Masjid Al-Ghumamah merupakan salah satu masjid bersejarah di Madinah, di masjid ini Rasullulah SAW pernah mendirikan solat istisqo’ (solat meminta hujan) dan selepas itu awan menjadi mendung di kawasan masjid tersebut. Masjid ini masih kekal berdiri sehingga sekarang, bagi mengenang peristiwa penting sebelum Rasulullah SAW wafat.
Jarak antara Masjid Nabawi dan Masjid Ghumamah adalah dalam 300meter. Jadi tiada masalah bagi jemaah umrah mahupun haji yang ingin melawat ke Masjid Ghumamah dengan hanya berjalan kaki.
MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Masjid Abu Bakar As Siddiq merupakan salah satu masjid yang tertua di Madinah. Menurut riwayat di masjid ini, Saidina Abu Bakar As Siddiq berdiri menunaikan solat hari raya dengan kaum muslimin terdahulu dan diimamkan oleh Rasulullah SAW. Dan ada juga mengatakan, masjid ini dahulunya adalah rumah saidina Abu Bakar As-Siddiq. Wallahu’alam.
Jarak antara Masjid Ghumamah dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq adalah dalam 40 meter. Sekiranya anda melawat Masjid Ghumamah, anda juga boleh membuat lawatan ke Masjid Abu Bakar As Siddiq kerana jarak antara dua masjid ini yang dekat dan boleh berjalan kaki sahaja.
MASJID ALI BIN ABI TALIB
Menurut riwayat di masjid ini, Saidina Ali Bin Abi Talib berdiri menunaikan solat hari raya dengan kaum muslimin terdahulu dan diimamkan oleh Rasulullah saw. Selain dari itu, ada juga mengatakan masjid ini dahulunya adalah kediaman saidina Ali bin Abi talib. Wallahu’alam.
Masjid ini tidak dibenarkan untuk solat di dalamnya kerana jarak antara Masjid Nabawi dan Masjid Ali Bin Abi Talib sangat dekat dengan pintu masuk Masjid Nabawi. Oleh itu, jemaah hanya boleh membuat lawatan sahaja di Masjid Ali Bin Abi Talib.
Sumber kredit: Latifah Umor
Kredit foto: Pexels