Keibubapaan

Tak Berkira Dengan Anak, Anzalna Hadiahkan RM10,000, Dompet Versace Waktu Birthday!

Share

Pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya, Mohamad Eidrees sempena hari kelimanya.

Menerusi perkongsian video Anzalna di Instagram, ibu cantik jelita ini dilihat melakukan trend meminta Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.

Paling beruntung, Eidrees memilih pilihan wang RM10,000 yang diberikan ibunya.

“‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.

“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, bahkan tangan bertuah Eidrees memilih dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota. Memang terbaik.

 

 

Raikan anak yatim

Tidak hanya berbelanja untuk meraikan anak sulungnya itu bahkan kata Anzalna, lebihan wang itu juga akan turut disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti kebiasaan dilakukannya setiap kali hari lahir Eidrees.

“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna menganggap Eidrees anak yang cukup bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.

Terdahulu, Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2.

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my