Pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya, Mohamad Eidrees sempena hari kelimanya.
Menerusi perkongsian video Anzalna di Instagram, ibu cantik jelita ini dilihat melakukan trend meminta Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.
Paling beruntung, Eidrees memilih pilihan wang RM10,000 yang diberikan ibunya.
“‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.
“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bahkan tangan bertuah Eidrees memilih dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota. Memang terbaik.
Ads
Raikan anak yatim
Tidak hanya berbelanja untuk meraikan anak sulungnya itu bahkan kata Anzalna, lebihan wang itu juga akan turut disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti kebiasaan dilakukannya setiap kali hari lahir Eidrees.
Ads
“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna menganggap Eidrees anak yang cukup bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.
Ads
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2.
Tragedi bencana banjir yang melanda negara pada bulan lalu memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Traumanya masih terasa sehingga kini. Arus deras yang datang tanpa amaran, mengakibatkan banyak harta benda musnah.
Antaranya puluhan ribu kenderaan rosak akibat banjir. Ramai yang menanggung kerugian akibat bencana itu.
Menerusi perkongsian pengguna facebook, Dr. Zaharuddin Abd Rahman memaparkan sekeping resit yang menunjukkan kos membaiki kenderaan akibat banjir. Lebih mengejutkan walaupun telah diberi diskaun, kos telah mencecah sehingga RM67,000!
Namun tidak dipastikan jenis kenderaan berkenaan. Namun ia menunjukkan sejumlah kos yang terpaksa dilalui oleh mangsa banjir.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen beranggapan kos terlampau tinggi. Begitulah cabaran buat mangsa banjir.
Seterusnya ikuti perkongsian tersebut.
Innalillahi wainna ilaihi rajioun, ada yang menghantar kepada saya kos baiki kenderaan akibat banjir. Tidak diberitahu jenis kenderaan tetapi inilah kosnya.
Itupun sudah diberi 15% diskaun. Kalau yang ada masukkan banjir sebagai salah satu insiden dalam coverage insuran/takaful, maka takaful yang akan bayar, namun bagi yang tiada masukkan banjir dalam senarai cover, semua itu kena bayar sendiri.
Yang mahal-mahal per unit itu katanya adalah harga block silinder dan cylinder head, yang paling mahal itu harga gearbox.
Sukar untuk memikirkan bantuan yang sesuai dalam kes besar sebegini, untuk mengenalpasti yang layak juga panjang jalannya. Ditambah terdapat keperluan asasi lain yang juga sangat mendesak.
Apapun diharap apa saja sumbangan dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir. Apa yang tidak dapat dibantu semua, jangan tinggalkan semua.
Bagi yang ingin terus menderma, boleh berbuat demikian di link ini.
Untuk memastikan rekod kemas dan resit automatik akan masuk ke email para penderma.
Dalam pada itu, ada juga pengalaman menghadapi situasi berkenaan. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nik Mohd Fakrul Hisyam mengakui masih menjalan kerja pembersihan kereta sejak 19 Disember lalu.
Wargent lain juga berkongsi pandangan yang sama mengenai kos yang tinggi akibat banjir.
Tahniah diucapkan buat pengacara, Jihan Musa yang mendedahkan dia kini hamil anak ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Jihan dan suaminya, Ungku Haris memuat naik video berkongsi perkhabaran gembira itu kepada ahli keluarga kedua belah pihak ketika menyambut Aidil Adha pada Jun lalu.
“Berita yang tidak dijangka, reaksi yang tidak dijangka.
“Alḥamdulillāhi ‘lladhi bi ni`matihi tatimmuṣ-ṣāliḥāt,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menerusi video kejutan yang dikongsikan itu, kedua-dua buah keluarga ternyata amat terkejut dengan pendedahan mereka sebelum kesemuanya bersorak gembira dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.
Tambah menarik bila mana anak sulung Jihan, Arsalan turut sama mengumumkan kehamilan bondanya kepada ahli keluarga. Memang gamat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Jihan turut sama mengucapkan tahniah atas perkhabaran gembira itu serta mendoakan agar kehamilan dipermudahkan hingga melahirkan kelak.
Terdahulu, Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.
18 Mac tahun lalu menyaksikan, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap pertama. Pada masa itu, warga pendidik berasakan perubahan paradigma amalan yang sukar dilalui kerana wajib menggunakan pengajaran maya.
Pandemik Covid-19 mengubah pengajaran dan pembelajaran dari rumah.
Kini, apa yang dialami tahun lalu bakal berulang kembali. Peningkatan kes Covid-19 membuatkan penangguhan persekolahan sesi 2021.
Ini merangkumi semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah yang akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,
KPM memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara kecuali calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sahaja.
Namun ia bukanlah semudah disangkakan. Capaian internet menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi bagi yang kurang berkemampuan.
Bukan semua ibu bapa itu berduit. Ada tinggal di luar bandar itu miskin dan tidak berkemampuan membeli peranti elektronik internet.
Itu belum termasuk bab ‘terpaksa rela’ menjadi ‘cikgu’ tidak bertauliah kepada Anak-anak di rumah. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Kamilin menerusi laman facebooknya.
Biarpun dia seorang guru namun,lambakan kerja rumah yang diberikan oleh guru secara online menyebab dia terpanggil untuk berbicara soal tersebut.
” ‘Pembelajaran online’ boleh terima lagi. Masalahnya yang berlaku bukan pembelajaran online tapi ‘pemberian homework online’. Sakit kita ni sebagai parent”
Ini pendapat seorang ibu di ruangan komen post influencer terkenal.
Aku ni guru dan dalam masa yang sama bapa kepada 3 orang anak yang bersekolah. Dalam bab ni, aku memang akan pakai baju parent dan bersetuju dengan pendapat di atas.
Lantaklah cikgu nak marah ke apa.
Pernah sampai kami laki bini berselisih faham kecil di rumah dalam bab menyelesaikan tugasan yang cikgu bagi.
Kerja seorang anak, tahan lagi. Duklah ajar tekan-tekan supaya faham. Masuk yang kedua, pun sama, berderet kerja. Semua nak kena ajar sendiri. Masuk hat ketiga mulalah ‘bebai’. Lagi-lagi bila push sekali, jalan sekali. Macam pahat dengan penukul.
Mula lah nak menyinga merimau segala.
Naik rimas aku dengan keadaan tu.
Anak sendiri nak kena tengok. Anak-anak orang yang berpuluh orang kat sekolah kena tengok.
Aku kata, ‘stop’lah.
Buat takat mana yang boleh je.
“Tapi ni kena hantar. Cikgu dorang mintak”
“Dah kalau budak tak boleh, nak hantar apa? Lantak situlah. Ada ke cikgu dia mengajar semua benda ni? Cikgu dia pun tak ajar kan? Tau bagi page sekian-sekian, suruh buat. Lepas tu mintak hantar? Rentikanlah. Kita ajar takat mana budak tu boleh. Kita tau anak kita boleh takat mana. Cukup”
Ya tuan-tuan. Ini ayat aku as a parent. Memang aku cikgu. Tapi aku tak layan sangat kehendak cikgu yang ‘humban’ kerja berlambak-lambak kat budak.
Aku paham sangat, cikgu buat pun sebab disuruh buat macam tu.
Tapi prinsip aku senang. Ketika memakai baju guru, aku pegang gini – kau hanya layak bagi kerja berkaitan benda yang kau dah ajar.
Kalau kau tak ajar, kau tak layak bagi kerja. Kalau ibu bapa dorang yang ajar, ibu bapa dorang lah yang tau latihan bagaimana yang sesuai untuk anaknya buat.
Kalau nak juga bagi latihan, buatlah macam mana cara pun untuk ajar. Video, zoom, google meet atau apa saja.
Akuilah hakikat PdPR kita GAGAL bila cuma mampu longgokkan kerja tanpa disusuli pengajaran.
Kalau satu subjek sampai 5 mukasurat, kau kali jelah dengan 5 subjek atau 6,8,10 subjek. Itu sehari. Seorang anak. Kalau beranak-anak? Dannnn..itu baru sekolah kebangsaan. Sekolah agama pulak?
Cikgu kata, kerja kami bagi tugasan je. Buat tak buat, bukan lagi tanggungjawab cikgu.
Betul. Tapi ibu bapa yang prihatin ni lain macam sikit. Dia ada rasa keperluan untuk pikul beban tanggungjawab untuk selesaikan semua walaupun tak paksa. Tapi dalam masa yang sama dia tak mampu.
Ada pula guru yang siap buat list ‘hantar tak hantar’ dalam group whatsapp. Semua ni jenis tak memikir kesan sampingan. Fikir tengkuk sendiri je. Tak paksa, tapi buat list. Itu paksa secara tak langsung namanya.
Maaflah, aku sendiri secara peribadi lebih prefer menjawab dengan ketua jika aku gagal dalam pengajaran dari rumah berbanding nak nampak rekod cantik bagi kerja kat budak tapi bubuh beban kat parent nak mengajar separuh mati.
Kita akui ada part kita gagal. Mengarut je mengajar dari rumah ni. Tapi apa pilihan yang kita ada? Tak ada pilihan. Jadi buat cara tak ada. Jangan bagi kerja serupa macam sekolah jalan macam biasa. Siap berlebih pula.
Waktu sekolah macam biasa, kerja memang sebanyak tu ke?
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...