Timbul baru-baru ini isu yang mendakwa mangsa banjir dikerah untuk membuat pembersihan sebelum ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara tersebut tular dimedia sosial selepas seorang individu memuatnaik di laman sosial Twitter sehingga mengundang ketidakpuasan hati ramai pihak. Ada yang menyelar perkara tersebut.
Perkara tersebut mendapat reaksi Tuanku Permaisuri yang kemudiannya membalas persoalan tersebut mnenerusi aplikasi Whatsapp sekaligus menafikan YDPA bertitah sedemikian.
“Tak baik…Bukan Tuanku yang suruh buat…Tuanku nak pergi melawat keadaan yang sebenar,” respons baginda kepada Eisya.
Sebelum itu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 sekitar jam 9.50 pagi yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Sumber: gempak.com