Ads
Home Kekeluargaan “Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu...

“Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Dua Anak Rentung Dalam Kebakaran. Sebaknya Baca!

Ads

Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ibu dan ayah ini apabila kehilangan dua anak serentak.

Tatkala mereka berdua bertungkus lumus memasak di kedai untuk dijamu kepada anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran di Pulau Indah,  dua anak mereka ditemui rentung di rumah.

“Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Dua Anak Rentung Dalam Kebakaran. Sebaknya Baca!

Pada kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi semalam, Nur Ain Sumayyah bersama kakaknya Nur Salsabila, 15, maut, akibat terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka, di Jalan Utama Kampung Endah, Banting. Mayat dua beradik dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Endah ditemui bomba dalam keadaan duduk bersebelahan di bilik tidur.

“Tak apa mama, Maya boleh jaga diri sendiri, lagikan kakak ada,” itu antara kata-kata yang diungkapkan Nur Ain Sumayyah Mohd Fakrul Khair, 13, yang maut dalam kebakaran di rumah mereka  kepada ibunya Seri Hayati Ngainan, 48.

Seri Hayati dan suaminya Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, mengusahakan gerai makanan di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah, sebelum itu menerima tempahan menyediakan makanan anggota bomba yang terlibat dalam kerja memadam kebakaran sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah.

“Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Dua Anak Rentung Dalam Kebakaran. Sebaknya Baca!

“Saya berada di rumah semasa menerima tempahan pada pukul 8 malam, saya dan suami hendak pergi menghantar pesanan makanan dan sebelum keluar, saya memeluk anak bongsu saya, Maya.

Ads

“Saya peluk dia dan cakap mama mintak maaf kerana tidak dapat jaga Maya demam, mama dengan ayah kena hantar makanan kepada bomba,”

Tambah Seri Hayati, kedua-dua anak perempuannya, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat itu, memang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

“Maya dan kakak dia, Nur Salsabila memang tak pernah berpisah, pergi dan balik sekolah bersama-sama, mereka menjaga antara satu sama lain,” katanya sebak.

Bagi Mohd Fakrul Khair pula status aplikasi WhatApps Nur Salsabila pada 8.46 malam tadi yang memetik ayat dari al-Quran yang bermaksud, ‘jangan sesekali takut kerana Allah bersamamu’, ibarat petanda dia akan pergi selama-lamanya.

“Saya akan simpan ‘print skrin’ status whatapps ini sampai akhir hayat saya,” katanya sedih.

Ads

Dengan air mata yang berlinangan Mohd. Fakrul Khair berkata, mungkin ketika itu, anaknya sudah dapat merasakan bahawa masa dia (Nur Salsabila) bersama saya dan ibunya di dunia ini sudah hampir tamat.

“Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Dua Anak Rentung Dalam Kebakaran. Sebaknya Baca!

 

Paling menyentuh hati perkongsian dari saudara  yang turut mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Ads

“Lebih kurang 2.40 pagi. Ju baru balik dari kedai. Ju lalu Ju pandang rumah adik sebb tahu adik dan suaminya belum balik sebab kena masak untuk ahli-ahli bomba yang memadam api kilang terbakar di Port Klang.

“Ju masuk rumah. Abang kata nak siram tayar kereta kejap. Jadi pintu tak tutup. Tiba-tiba abg jerit-jerit rumah terbakar. Ju pun lari jerit-jerit kejutkan adik-adik sebelah rumah. Abang dah cuba masuk ke rumah tu… Tapi api terlalu marak. Nasib baik abang sempat keluar bila tong gas meletup.

Ju hanya dengar suara anak buah jerit…. Lama-lama hilang. Ya Allah… ” antara perbualan yang dikongsikan yang sungguh menyayat hati.

Abang kepada mangsa, Iman Muqriz turut memaklumkan perkara itu di Instastory yang memohon orang ramai agar menitipkan al-Fatihah untuk adik-adiknya.

Semoga diorang tenang kat sana. Amin!

“Tak Apa Mama, Maya Boleh Jaga Diri Sendiri, Kakak Kan Ada,” Ibu Kongsi Momen Terakhir Bersama Sebelum Dua Anak Rentung Dalam Kebakaran. Sebaknya Baca!

Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada dua adik-beradik ini dan semoga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Sumber: Kosmo & Berita Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI