Tak Akan Pernah Jemu, Kek Karamel Pelangi Nikmatnya Bila Dimakan Sejuk!
Buat peminat kek dan puding tentu teruja untuk mencuba menu nan satu ini. Kek Karamel Pelangi, menjanjikan hidangan pemanis mulut yang bukan sahaja enak rasanya malah menawan bentuknya. Bertambah nikmat jika dimakan sejuk-sejuk pada cuaca panas.
Menyediakannya juga tidak sukar, ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Nor Al Fatihah T-Hah. Jadi buat anda yang ingin mencuba, boleh jadikan perkongsian daripadanya sebagai panduan.
Selamat mencuba.
KEK KARAMEL PELANGI
Bahan-Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan Puding
3 biji kuning telur A
2 biji telur A(kuning + putih)
1 tin (390gm) susu cair/krimer sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan-Bahan Meringue
Ads
6 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar
Bahan-Bahan Kek
3 biji kuning telur A
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Ads
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar serbuk penaik*
(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)
pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu
Cara-Cara Membuatnya :
Karamel ~ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda. Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.
Puding ~ Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk elakkan puding banyak lubang @ rongga udara selepas di bakar. Ketepikan dulu.
Ads
Meringue ~ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk
Kek ~ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk.penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati
Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila sudah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna.
Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit
Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/gula hangus retak. Ia biasa berlaku
Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jgn risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul di permukaan puding
Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sudu besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & unggu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.
Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hgga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk.
“Macam mana nak buat sambal bilis yang sedap”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?. Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya.
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tambah lagi dimakan bersama nasi mahupun dicicah dengan lempeng mahupun dimakan dengan lontong. Bagaimana menjadikan rasa sambal bilis yang lebih sedap?
Ibu Sambal Bilis Wangi
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh cikgu Afy AL Habibi ini.
Masaklah berulang kali pun, hanya cara ini cikgu suka untuk rasa sambal yang istimewa. Wangiiii. Sekali cikgu buat mesti banyak. Sebab selain dimakan bersama dengan nasi lemak, cikgu akan buat jadi sambal sotong,udang, ikan, telur, paru dan banyak lagilah. Cicah cekodok panas-panas juga sedap. Regu dengan lontong pun terangkat!
Ikutlah resepi cikgu. Kalau isteri yang masak untuk suami dan anak-anak mesti mereka puji terlebih.
Tahan lama untuk stok Rupa sambal maroon cantik Setiap suapan pasti teringat Bahan-bahan asas:
– tiga genggam cili kering saiz besar
(Direbus dan dibuang biji)
– 1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting
(Tambah rasa pedas)
– 2 ulas bawang merah saiz besar
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang holland
– 1/2 genggam ikan bilis direndam
– 2 genggam ikan bilis digoreng rangup
– 1 inci belacan
– 2 sudu besar udang kering direndam
– 1 batang serai
– 1 simpul daun pandan
– dua kerek nisse Cara membuat:
Kisar terlebih dahulu bawang dengan sedikit air. Panaskan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi. Ini rahsia penting pembuatan sambal wangi cikgu kali ini. Masukkan simpulan daun pandan dan sebatang serai yang diketuk. Bahan pewangi lain yang juga perlu dimasukkan ialah sehiris halia. Selepas naik bau, masukkan bawang kisar tadi. Tumis sehingga bawang sedikit garing. Kemudian barulah masukkan cili kering yang telah dikisar lumat. Gunakan api perlahan. Kacau sesekali. Biarkan sehingga cili masak untuk menyedapkan rasa sambal. Tumbuk lumat ikan bilis yang direndam tadi. Masukkan sekali ke dalam kuali. Seterusnya tambahkan ikan bilis yang sudah digoreng. Rahsia wangi seterusnya ialah tambahkan udang kering. Tambahan udang ini boleh memberikan kelainan rasa sambal dan bau sambal lebih menarik Untuk warna sambal ‘maroon’ cantik, cikgu gunakan nisse viral iaitu nisse kerek Kelantan. Masukkan sebanyak dua keping. Jika tiada boleh gantikan dengan gula melaka. Tambahkan juga gula dan garam. Ikut citarasa sendiri. Bagi mengelakkan sambal cepat rosak, masukkan 1 sudu besar cuka. Masaklah sambal sehingga betul-betul sebati rasanya dan pecah minyak cantik. Cikgu agak lebih kurang sejam atau lebih *Guna api perlahan sahaja* Selepas dibiarkan lama, inilah rupa warna ibu sambal wangi. Terserlah cantik dan sungguh sedap rasanya! Semoga bermanfaat untuk dicuba. Nak guna untuk niaga pun cikgu halalkan.
Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai ditanya tentang pengalaman buat biskut raya, tentu sudah ada yang terbayang saat manis membakar biskut bersama ibu suatu ketika dahulu. Ketika itu satu rumah berbau aroma biskut yang cukup menyelerakan. Melihat biskut yang telah dibakar, hati kita pula berasa puas dan seronok, maklumlah biskut yang dimasak menjadi.
Pun begitu, pasti ada juga memori yang menghampakan bila bercerita tentang kerja-kerja menyediakan biskut raya ini. Insiden biskut dimasak terhangus, leceh penyediaannya, tiada masa dan pelbagai lagi masalah lainnya sekali gus mematahkan semangat untuk membakar biskut untuk sekian kalinya bagi sesetengah antara kita.
Jadi apa kata tahun ini kita semarakkan semula memori membuat persiapan raya dengan menyediakan biskut nan satu ini. Ianya cukup mudah disediakan dan dijamin digemari ramai. Bahan-bahan yang digunakan pun sangat ringkas, hanya menggunakan badam dan coklat sahaja.
Jadi jom semak perkongsian resipi ini.
“Ramai rupanya yang suka dengan Almond Nibs aka Ferrero Rocher homemade ni. Mama kongsi resipi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je. Resipi dan tips ‘sure menjadi’ ada kat setiap gambar.
Selamat bercoklat badam..Kalau nak guna resipi ni silakan.. saya halalkan untuk semua. Tapi jangan curi gambar promote untuk jualan ye.. penat saya cari angle..”-Intan Najwa Othman
Bahan-bahan:
Badam cincang dan coklat masakan
Cara Penyediaan :
Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..
Oh, tempoh bakar tu pun mama ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pula..
Cairkan coklat masakan. Mama guna beryls milk coin.. kuantiti agak-agak juga.. rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitau detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood.
Badam yang dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..
**badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat..
Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha..
Ekstra tip
Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya.. jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok-tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..?
Buat Mee Hailam Kuah Pekat, ‘Meriah’ Dengan Daging. Rupanya Mudah Je Nak Buat!
Jika dihujung-hujung Ramadan ni ada antara ahli keluarga yang tiba-tiba teringin hendak makan Mee Hailam, elok kita layankan sahaja. Buka apa, menyediakan menu ini bukannya susah dan jika buat sendiri lagi puas hati berbanding beli.
Jimat pun jimat, buat seperiuk semua anak beranak boleh makan. Sambil-sambil, boleh sedekah dengan jiran.
Jadi ayuh sediakan menu ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Eddy Lela de Boom.
Kuah Mee Hailam
Bahan-bahan :
2 ulas bawang besar-dikisar
4 ulas bawang putih -dikisar
Segemgam cili kering-dikisar
1 ulas bawang merah- dihiris
3 ulas bawang putih- diketuk-ketuk
Sawi,carot dan telur
Daging
1 sudu sos cili
Sos Tiram
Kicap Pekat Mudim
1 sudu lada hitam
4 biji telur
Sedikit bancuhan tepung jagung
Cara-caranya:
1.Tumiskan bahan hirisan sampai naik bau bersama bahan yang dikisar.
2.Masukkan sesudu sos cili, sos tiram dan kicap pekat mudim tapi boleh sahaja pakai ikut kicap kegemaran masing-masinh ye
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik...