“Tak Ada Rezeki Arwah Nak Konvo.” Ibu Minta Edit Gambar Anak Sulung Undang Sebak

Share

Hati ibu mana yang tidak sebak tiba-tiba kehilangan anak kesayangan. Lebih meruntun jiwa apabila anak sulung tidak sempat meraikan kejayaannya dalam bidang akademik

Sebagaimana luahan seorang ibu menerusi satu posting di laman group Facebook Edit Apa Hari Ini telah mengundang sebak.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Menurut EttyNoor H MH menerusi facebook miliknya, arwah anak sulungnya tidak sempat menghadiri majlis konvokasyen akibat kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa anaknya.

Meluahkan hajat hati kepada ahli grup berkenaan, wanita berkenaan ingin melihat arwah anaknya memakai jubah konvo untuk dijadikan kenangan. Berkongsi tiga keping gambar sebagai rujukan untuk ahli grup.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai editor-editor yang budiman.


Musim konvo ni, hati pilu rasanya.

Anak sulong saya meninggal dunia pada Semester Akhir Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kerana kemalangan jalan raya..
tak ada rezeki arwah nak konvo.

Teringin pula tgk arwah pakai jubah konvo.. xkisahla jubah apapun. editor Pilihlah mana2 gambar yg sesuai utk diedit. Boleh juga sy simpan buat kenangan.

Saya dahului dgn ucapan terima kasih.
AlFatihah

GAMBAR SEBELUM DI 8UNTING 

“Semoga mampu mengubat sedikit kerinduan.”

 

Lantaran permintaannya, kelihatan beberapa gambar yang telah disunting untuk dijadikan kenangan buat kerja berkenaan.

Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan keluarga itu. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut menjadi pengubat kerinduan kepada arwah.

Dalam pada itu, ahli group turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan atas kehilangan anak mereka.

GAMBAR SELEPAS DI SUNTING

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club