
Hati ibu mana yang tidak sebak tiba-tiba kehilangan anak kesayangan. Lebih meruntun jiwa apabila anak sulung tidak sempat meraikan kejayaannya dalam bidang akademik
Sebagaimana luahan seorang ibu menerusi satu posting di laman group Facebook Edit Apa Hari Ini telah mengundang sebak.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Menurut EttyNoor H MH menerusi facebook miliknya, arwah anak sulungnya tidak sempat menghadiri majlis konvokasyen akibat kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa anaknya.
Meluahkan hajat hati kepada ahli grup berkenaan, wanita berkenaan ingin melihat arwah anaknya memakai jubah konvo untuk dijadikan kenangan. Berkongsi tiga keping gambar sebagai rujukan untuk ahli grup.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera wahai editor-editor yang budiman.
Musim konvo ni, hati pilu rasanya.
Anak sulong saya meninggal dunia pada Semester Akhir Diploma Pengurusan Haji dan Umrah kerana kemalangan jalan raya..
tak ada rezeki arwah nak konvo.
Teringin pula tgk arwah pakai jubah konvo.. xkisahla jubah apapun. editor Pilihlah mana2 gambar yg sesuai utk diedit. Boleh juga sy simpan buat kenangan.
Saya dahului dgn ucapan terima kasih.
AlFatihah
GAMBAR SEBELUM DI 8UNTING
“Semoga mampu mengubat sedikit kerinduan.”
Lantaran permintaannya, kelihatan beberapa gambar yang telah disunting untuk dijadikan kenangan buat kerja berkenaan.
Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan keluarga itu. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut menjadi pengubat kerinduan kepada arwah.
Dalam pada itu, ahli group turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan atas kehilangan anak mereka.
GAMBAR SELEPAS DI SUNTING
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Siapa Sangka Campuran Bawang Putih, Cili Padi, Minyak Masak & Sabun Mampu Jadi Racun Berguna

Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Salah Konsep Asas Simpanan, Punca Ramai Tak Berjaya Menabung, Prof Ini Kongsi 6 Tip Mesti Jadi Kumpul Duit!

Sejak pandemik melanda dunia, ramai mempunyai kesedaran untuk menabung setelah ramai yang hilang pekerjaan. Ketika ini, duit kecemasan enam bulan atau tabungan amat berguna untuk ketika terdesak.
Selain menyimpan wang di bank, ada juga cara lain untuk displinkan diri menabung. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri.
Beliau menjelaskan ramai dikalangan masyarakar tidak memahami konsep asas simpanan. Sebaliknya hanya menyimpan apabila ada lebihan wang.
Nak tahu lanjut, ikuti 6 teknik menyimpan cara yang betul.
Simpan Dulu, Kini dan Selamanya : Teknik Menyimpan

Sejak kecil lagi kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menyimpan iaitu “Simpan sikit-skit, lama-lama menjadi bukit”. Sepatutnya aktiviti menyimpan ini telah menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian kita.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep asas simpanan.
Bagi kebanyakan orang, mereka akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mempunyai lebihan wang pada akhir bulan (sebelum terima gaji yang baru).
Menurut laman sesawang 20somethingfinance.com, empat negara yang mempunyai kadar simpanan peribadi (personal savings rate) yang tinggi pada tahun 2013 adalah Perancis (15%), Australia (11.1%), German (9.9%) dan Sepanyol (9.1%) dan sumber maklumat ini dipetik daripada Laporan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Laporan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati purata kadar simpanan isi rumah di Malaysian antara tahun 2006 sehingga 2013 adalah pada kadar 1.6%. Ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia kurang menyimpan, tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dan ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Berikut dibincangkan beberapa teknik yang boleh membantu anda dan keluarga untuk membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan dan kecemasan. Setiap teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan dan keselesaan kedudukan kewangan anda.
1.Teknik Pemotongan Automatik (Auto-deduction)
Teknik ini melibatkan arahan pemotongan automatik sebahagian daripada wang yang diterima (pendapatan) untuk tujuan simpanan. Dalam bahasa yang mudah ialah buat potongan atau tolakan sejurus selepas gaji diterima. Ini bermakna pada setiap tarikh gaji diterima sejumlah amaun akan dipotong untuk tujuan simpanan dan teknik ini juga dikenali sebagai teknik tanpa sedar. Teknik ini menyarankan anda untuk mempunyai dua akaun di mana akaun pertama untuk menerim gaji atau pendapatan manakala akaun kedua untuk tujuan simpanan. Sebagai contoh anda membuat potongan dalam amaun yang sama setiap bulan untuk simpanan di tabung haji atau akaun simpanan yang lain. Anda mempunyai pilihan sama ada pemindahan duit secara online atau arahan pemotongan automatik kepada bank. Ada sesetengah majikan menyediakan kemudahan potongan gaji untuk simpanan di akaun Tabung Haji dengan hanya mengisi borang buat pertama kali dan potongan akan dibuat terus daripada akaun gaji mereka ke akaun Tabung Haji.
2.Teknik Paksa Rela
Teknik ini biasanya digunakan oleh mereka yang sukar untuk menyimpan atau tidak berdisiplin dalam menyimpan. Melalui teknik ini, seseorang perlu membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi dengan bank. Kebanyakan teknik ini digunakan oleh mereka yang membuat pinjaman atau pembiayaan ASB (Loan ASB). Setiap bulan seseorang terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji yang diterima untuk dibayar kepada bank (biasanya amaun yang sama setiap bulan) bagi satu jangka masa tertentu. Bayaran yang dibuat ini sebenarnya ialah simpanan mereka. Jadi tiada alasan mereka tidak boleh menyimpan lagi.
3.Teknik Duit Syiling

Teknik ini sesuai untuk mereka yang tidak suka menggunakan duit syiling untuk membuat pembayaran. Alasan yang biasa diberikan ialah berat dan dompet mereka tidak mempunyai ruang untuk menyimpan syiling. Maka duit syiling berterabur di merata tempat baik di rumah atau pejabat. Teknik ini menyarankan anda untuk mengumpul dan mengasingkan duit syiling mengikut nilai iaitu 1 sen, lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Anda mempunyai pilihan sama ada mengumpulkan semua jenis duit syiling tersebut dalam satu tabung khas atau sediakan lima tabung berbeza mengikut jenis duit syiling dan tabung tersebut perlu dilabelkan. Setiap kali berbelanja dan ada lebihan, masukkan duit syiling tersebut ke dalam tabung.
4.Teknik Sampul Surat
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bajet di mana ianya menyarankan anda untuk membuat peruntukan perbelanjaan bulanan berdasarkan sampul surat. Pertama anda perlu ketahui berapa peruntukan yang akan diagihkan untuk setiap item perbelanjaan misalnya perbelanjaan untuk makan minum (RM400), bayaran utiliti (RM200), bayaran pinjaman (RM1,000), simpanan (RM300) dan perbelanjaan keperluan anak (RM400). Seterusnya pada setiap sampul surat itu anda perlu letakkan label item perbelanjaan tersebut. Sekiranya pada akhir bulan tersebut ada lebihan daripada mana-mana perbelanjaan, anda boleh salurkan lebihan tersebut kepada sampul surat “simpanan”. Agihan peruntukkan juga boleh dibuat mengikut warna sampul surat.
5.Teknik Duit Ganjil
Teknik ini menggalakkan seseorang untuk menyimpan wang kertas yang mempunyai nilai wang yang ganjil iaitu RM1.00 dan RM5.00. Setiap kali anda berbelanja dan mempunyai baki wang, pastikan wang kertas tersebut diasingkan dan dikumpulkan sama ada di dalam album atau sampul surat. Andai kata anda menyimpan RM1.00 sehari, dalam masa sebulan jumlah simpanan yang terkumpul adalah sebanyak RM30.0 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM365.00. Sekiranya dalam masa seminggu anda dapat mengasingkan RM5.00, maka sebulan jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM20.00 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM260.00.
6.Teknik Warna Duit (Wang Kertas)
Teknik ini menyarankan seseorang untuk membuat simpanan berdasarkan warna wang kertas. Anda boleh mengasingkan wang yang diterima atau membuat simpanan berdasarkan wang kertas iaitu warna biru (RM1), warna hijau (RM5), warna merah (RM10), warna oren (RM20), warna biru laut (RM50) dan warna ungu (RM100). Wang yang diterima bolehlah diasingkan mengikut warna tersebut dan sekiranya salah satu warna itu menjadi warna kegemaran anda maka ianya lebih mudah memotivasikan anda untuk menyimpan.
Berapa banyak wang yang boleh disimpan bukanlah menjadi ukuran dan juga bukan alasan untuk tidak menyimpan. Simpanan boleh dimulakan dalam jumlah yang kecil dan yang paling penting adalah disiplin dan konsisten dalam menyimpan. Selamat menyimpan dan menabung.
Sumber: eco1.upm.edu.my
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Setiap Kali Bincang, Mesti Jadi Gaduh! Ikut Teknik Ini Untuk Berbaik Suami Isteri, Paling Penting Elak Sifat 3M

Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.
Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.
_________________________________________________________________________
“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”
Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!
Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,
“Be nice to each other.”
“Talk things over.”
TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA
Bab TALK THINGS OVER ni.
Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.
Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.
Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.
Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.
Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.
SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…
Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.
- Nak makan kat mana, bincang.
- Nak sekolahkan anak kat mana, bincang.
- Macam mana nak hangatkan semula hubungan, bincang.
- Apa bahagian diri kita yang perlu kita improve, bincang.
- Sampai ke hal nak masuk syurga bersama pun kita kena bincang.
3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:
Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.
Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.
1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.
CONTOH:
✔ I penat. Boleh tak nak rehat?
❌ Tau tak I ni penat?
✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.
❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?
Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.
2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.
Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.
Puji – tegur – puji
CONTOH:
✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”
✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”
3. TEKNIK BELI JIWA
Teknik oleh Tuan Badrul Sani.
Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.
SUAMI PERLU…
Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.
Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.
ISTERI PERLU…
Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.
Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.
SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!
Yang penting, elakkan 3M ni :
- Menyindir
- Merendah-rendahkan
- Meninggikan suara
Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.
Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.
Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!