“Tak Ada Raja, Permaisuri & Kuli, Ini Keluarga Kita, Tanggungjawab Kita.” Tip Didik Anak Ada ‘Common Sense’ Di Rumah!

Share

Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.

Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.

Wanita bernama Nurul Ilyani

berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.


5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.

Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.

Justeru  wahai ibu-ibu:

#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.

#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.

#3 Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.

#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.

#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.

Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham