Tak Ada Oven Tak Jadi Masalah, Boleh Je Buat Biskut Cornflakes Madu Ni. Ada Triknya & Boleh Follow Resipi Ni!

Share

Bagaimana agaknya jika terasa teringin membuat biskut tetapi di rumah tidak mempunyai oven? Mungkin ramai antara kita merasakan setiap biskut perlu dibakar barulah dimasak sempurna dan ranggup dimakan.

Namun usah khuatir sekiranya anda tetap ingin membuat biskut raya pada tahun ini walau tiada oven di rumah. Sebenarnya anda  bolehlah sediakan resipi biskut yang dikongsikan oleh Rofida Ahmad ini.

Menurutnya biskut confleks yang disediakan tidak memerlukan dimasak di dalam oven. Bagaimana caranya itu, jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.

Hari ini saya nk kongsikan resepi biskut cornflakes madu tanpa oven tau..
Bahan-bahan
-cornflakes 1 kotak besar (nestle)
-5 sudu besar madu
-5 sudu besar susu pekat
-250g buttercup
-5 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
-papercup secukupnya.

Cara-cara
-masak dalam kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja.. Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan-bahan, kecuali carnflakes.
-jgn tunggu buttercup cair baru nak masuk semua bahan-bahan.. Nanti tak menjadi..
-kacau sampai sebati.. Sudah mendidih tutup api..dan biarkan sejuk atau agak-agak suam.
-jangan risau adunan tidak akan pekat.. Dh sejuk Masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam. (api jgn buka)
-isilah kedalam papercup,atur dalam talam kecil dan Masukkan ke dalam peti sejuk dlm 10 minit,boleh dihidangkan.
-kalau ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tak lemau.
Selamat mencuba semua.

Kredit: Rofidah Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club