Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya, Kalau Buat Memang Tinggal Serdak Je. Habis Dimakan!

Share

Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya, Kalau Buat Memang Tinggal Serdak Je, Habis Dimakan!

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menghampiri bulan Syawal, persiapan tentunya sudah dibuat sedikit demi sedikit terutamanya untuk melengkapkan keperluan anak-anak untuk meraikan lebaran. Bukan sahaja tentang baju, tudung, kasut tapi menyediakan biskut Raya juga jadi keutamaan kita sebagai mak-mak ni.

Nak berjimat bolehlah biskut Raya tahun ni di buat sendiri, andai tidak ada oven di rumah sebenarnya  boleh sahaja sediakan biskut  yang istimewa dan dijamin digemari oleh anak-anak terutamanya. Sebab apa? Semuanya bercoklat!

Jadi tunggu apa lagi, jom sediakan 3 biskut Raya ini untuk merai teman-teman anak kita bila bertandang di Hari Raya nanti. Selamat mencuba.

 

 

Coklat Nestum Bar

Bahan-bahan:

500gm Nestum original

1 kg coklat dark compaund beryls

Cara-caranya:

1.Cairkan coklat dengan kaedah double boiler

  1. Kacau-kacau dan biarkan cair.
  2. Selepas itu masukkan Nestum

 

3.Gaul sampai sebati biar bersalut elok

 

4.Lepas sudah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastic. Nanti senang nak keluarkan.

5.Kemudian potong siap-sia, dan baru lah masukkan ke dalam peti sejuk

6.Bila dah sejuk keluarkan dan patah-patahkan, sedia untuk dihidang.

Kredit: Ida Zaida

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Popia Pepero

Bahan-bahan:

Kulit popia

White chocolate

Oreo-dihancurkan

 

Cara – cara buat :

1.Jika guna kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian. Jika bersaiz kecil terus gulung.

2.Kemudian gulung dan lekatkan dihujung gulungan dengan air.

3.Kemudian goreng hingga keperangan. Ketepikan.

4.Cairkan white chocolate guna double boil.

5.Apabila sudah cair celup pada kulit kulit popia, kemudian salut dengan dengan oreo hancur.

6.Siap dan boleh terus dihidang.

Kredit : Adilah Bte Othman

 

Almond Crunchy Coklat


Bahan-bahan :
2 cawan badam cincang
2 cawan kepingan coklat / milk chocolate compounds coin

Cara-cara :
1. Sangai badam cincang di atas kuali sehingga ia masak rangup. Ketepikan.
2. Cairkan chocolate dengan cara double boil.
3. Tuang badam yang disangai tadi ke dalam adunan coklat cair. Kacau rata.
4. Sediakan loyang, boleh alaskan dengan baking paper jika ada.
5. Sudukan adunan badam cincang coklat mengikut saiz yang kita mahu ke atas Loyang. saya guna sudu kecil.
6. Masukan ke dalam peti sejuk untuk pembekuan yang lebih cepat.

Kredit: Haslinda Husin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club