Ketika ini pastinya ramai mak-mak sedang merancang untuk memasak kuih raya. Ada yang sanggup menghabiskan ratus ringgit untuk membeli oven baru, mixer dan sebagainya. Maklumlah mood raya dah tiba walaupun kita semua dalam tempoh PKP!
Bagaimanapun tidak semua antara kita mempunyai lebihan bajet untuk membeli kelengkapan membuat kuih. Begitulah yang dilakukan oleh Puan Sue.
Katanya buat pertama kali beliau menggunakan pemanggang ajaib untuk membakar kuih raya. Katanya tujuan untuk berkongsi manfaat kepada yang tidak mempunyai oven untuk membuat kuih raya.
Menariknya, kuih raya yang dihasilkan oleh beliau kelihatan masak dengan sempurna. Ingin tahu selanjutnya, ikuti perkongsian beliau. Siap kongsi resipi buat kuih samperi
Ini perkongsiannya.
Pertama Kali saya wt posting kt group MAHN.. Biasanya jd CCTV je.. Bahang Raya dah semakin dekat.. walaupun masih dlm PKP.. Raya tetap Raya.. cuma nk share kpd yg berhasrat nk wt biskut Raya tp xde oven.. bleh gna pemanggang ajaib.. pertama Kali saya bakar biskut gna pemanggang ajaib.. hasilnya tidak mengecewakan..
INILAH HASILNYA, CANTIK KEJADIANNYA
Ads
Guna kertas Aluminium foil dan besi pelapik
Resipi kuih raya samperit
Ads
Cara masak
Ads
Selamat memasak kuih raya. Moga makih meriah raya walaupun tak dapat rentas daerah.
Roti canai adalah antara menu popular sarapan pagi rakyat Malaysia. Rasanya tak lengkap jika dalam seminggu tu tak merasa roti canai.
Anak-anak pula memang suka jika roti canai di makan panas. Mudah untuk anak-anak sarapan pagi sebelum ke sekolah.
Selain beli dikedai, boleh cuba buat sendiri roti canai di rumah.
Jom cuba resipi ni.
Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila-bila.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)
1biji telur
2 sudu majerin
1sudu kecil garam(larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat
CARA PENYEDIAAN
*tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti
*masukan air garam+telur
*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn
*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)
*canaikan jd mcm dlm gambar
*sedia utk di goreng
Sumber: Makan Viral Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ayam Masak Ingkung Jawa, salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan.
Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng❤️
Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut. Nak tahu cara buatnya, jom admin kongsikan resipi dari Azlan Syazani Adanan. selamat mencuba!
BAHAN:
Ayam- 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Saya ikat guna daun pandan)
Cili Besar – 3 biji*
Bawang merah- 8 biji*
Bawang putih- 6 biji*
Halia- 2 inci*
Kunyit hidup- 4 inci*
Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
Buah keras – 6 biji* (sangai dahulu)
Kencur@cekur- 3 inci*
Lengkuas- 4 inci (ketuk)
Serai – 2 batang (ketuk)
Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (sy guna lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
Daun salam- 6 helai
Daun limau purut- 6 helai
Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
Serbuk perasa
Garam
Gula pasir (sedikit sahaja)
Asam jawa
Minyak masak
CARA:
1. Kisar semua bahan bertanda * bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan lengkuas.
3. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yg telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
5. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam.
6. Masukkan daun salam dan daun limau purut.
7. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
8. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama +-40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.
Ayam masak lada hitam memang menjadi kegemaran ramai. Pastinya akan bertambah nasi. Biasanya jika beli di kedai harganya memang agak mahal. Namun, menariknya, perkongsian ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat hidangan ini.
Jika rasa teringin boleh cuba memasaknya di rumah. Rahsia rasa ayam lemak dan lembut, apabila beberapa ketul butter diletakkan pada ayam semasa proses membakar.
Untuk membuat perapan kena ikut sukatan yang diberikan.
Ikuti resipi ini.
Resipi Ayam Black Pepper.
Bahan-bahan:
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu* *Dikisar
Perapan:
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka. Sedikit butter letak sedikit di atas ayam.
Memang sedap! Selamat mencuba
Kredit: Yuhanes Kamaludeen
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.