Keibubapaan

“Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik” MUA Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak!

Share

Memori bersama anak-anak takkan pernah luput dari ingatan seorang ibu. Dek kerana itulah pempengaruh dan jurusolek yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz sentiasa mengabadikan setiap momen hidupnya bersama anak-anak sebagai kenangan di masa hadapan.

Tambah Bellaz lagi menerusi temu bual bersama Pa&Ma, inilah satu-satunya sebab utama mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.

Menerusi video itu, Bellaz dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.

 

Perkara itu menjadi penyebab mengapa dia kini gemar merekod semua momen Bersama anak-anaknya.

“Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.

“Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.

“Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.

Dalam nada sebak kata Bellaz, kesempitan hidup keluarganya ketika dahulu menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.

“Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.

“Jadi bila dah ada anak ini setiap hari saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.

“Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik,” katanya sebak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak malah melakukan perkara yang sama dengan anak-anak sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

Bellaz yang meraikan sambutan hari lahir anak keempatnya, Nur Aiswara Naelofa turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong setiap perkongsian video-videonya di media social.

 

@pama.my
Jatuh air mata MuaBellaz, bila ditanya tentang perkara ni🥲 Semoga anak-anak dah besar nanti boleh hargai effort mama ni okay! #muabellaz #muabellazkids #majalahpama ♬ original sound – Pa&Ma

Menarik: Dr Say Sekolahkan Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my