Memori bersama anak-anak takkan pernah luput dari ingatan seorang ibu. Dek kerana itulah pempengaruh dan jurusolek yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz sentiasa mengabadikan setiap momen hidupnya bersama anak-anak sebagai kenangan di masa hadapan.
Tambah Bellaz lagi menerusi temu bual bersama Pa&Ma, inilah satu-satunya sebab utama mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Menerusi video itu, Bellaz dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.
Perkara itu menjadi penyebab mengapa dia kini gemar merekod semua momen Bersama anak-anaknya.
“Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.
“Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.
Ads
“Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.
Dalam nada sebak kata Bellaz, kesempitan hidup keluarganya ketika dahulu menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.
“Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.
Ads
“Jadi bila dah ada anak ini setiap hari saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.
“Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik,” katanya sebak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak malah melakukan perkara yang sama dengan anak-anak sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
Ads
Bellaz yang meraikan sambutan hari lahir anak keempatnya, Nur Aiswara Naelofa turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong setiap perkongsian video-videonya di media social.
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi cerita tentang hasratnya untuk membina sebuah pusat tahfiz.
Menurutnya, Pusat tersebut diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah bertempat di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia memilih lokasi berkenaan untuk membina tahfiz kerana kawasan tersebut adalah tempatnya membesar.
Bagi merealisasikan impian tersebut, Janna memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid di kampung berkenaan yang merupakan ahli keluarganya sendiri.
“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
Difahamkan, jumlah kos mendirikan pusat tahfiz berkenaan menelan kos hampir RM6 juta dan kini kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan daripada orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas 8,000 meter persegi.
“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan.
Menurut pelantun lagu Gatal ini lagi, sebaik sahaja kutipan mencukupi, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Meskipun kos untuk menyiapkan kompleks berkenaan agak besar, namun dia percaya dengan kuasa sedekah.
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan InsyaAllah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat.
Ibu mana yang tak sebak apabila mendapat tahu anaknya telah positif virius paling bahaya dunia.
Melihat anak bakal di bawa ke pusat kuaratin menyebabkan sanggup berkorban menemani walaupun diri disahkan negatif.
Wanita ini, berkongsi kisah pilu ini setelah genap sebulan diri dan anak kembali menjalani kehidupan sepertia biasa setelah bebas virus covid-19.
Hari ni 9hb, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak sy, Zhafril Adam disahkan covid-19.
Sekarang baru ada masa dan kekuatan untuk menulis sedikit pengalaman sy tentang pandemic ni.
.
Sewaktu KKM call bagitahu second swab test anak sy Positif , waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis. Tak sangka sebab 1st swab kami sama sama Negetive . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah. Bayangkan dah elok elok nak habis kuarantin, 2nd swab test pulak sangkut. Rasa lembik dunia berperang dengan perasaan. Kenapa bukan sy, kenapa anak yang kena. Macam macam soalan dtg masa tu. Anak yang tak mengerti apa apa, bagaimana nanti dia bersendirian kuarantin di hospital jaga diri makan minum sendiri? Waktu tu macam macam bermain di fikiran. Bengkak mata tak usah cakap time ni. Adam adalah anak yang sejak lahir tak pernah admit sakit apa apa, jadi bayangkan perasaan sy time tu?
.
Merayu dekat KKM agar ibu boleh teman. KKM benarkan dengan syarat ibu harus swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula. Takpe. Sy buat demi anak.
Jam 12.30pm Ambulans sampai, sy mintak mereka off siren supaya taknak jiran jiran takut atau cemas. Sepanjang 1 Jam lebih perjalanan ke Hospital, dalam ambulan sy lemah lembik. Dari pagi tak makan apa. Takde tenaga. Tapi anak sy mcm dah redha. Seolah mengerti dia akan diambik ambulan dan dibawa ke hospital. Seolah mengerti yang virus ni terlalu bahaya. Masa ni semua orang dah tau. Ada yang menyalahkan ada juga yang simpati. Takpe sy paham. Mentality orang kita tak boleh nak halang. Lagi pon covid ni penyakit baru. Masih dalam penyelidikan.
.
1.30pm sampai lah kami di Hospital. Terus dibawa ke satu bilik dan di kuarantin. Bermulalah episod ‘kurungan’ kami di suhu yang terlalu sejuk selama 10 hari
Kejap kejap makanan sampai, kejap kejap makanan sampai, makan tidur jela keje nya time ni
Petang tu juga KKM datang rumah buat sanitizer satu rumah.
.
Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doctor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni takde ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan. Kalau demam doc akan bagi ubat demam/tahan sakit. Itu sahaja. Anak takde lagi swab sebab dah memang positif, tapi sy diswab untuk kali ketiga takut positif kerana kebolehjangkitan untuk sy kena adalah sangat tinggi sebab jaga anak yang positif.
Bila anak dah mula sakit tekak segala remidi dan petua sy buat untuk kuatkan antibodi anak. Rutin setiap pagi sebelum gosok gigi akan sy bagi dia kumur air garam selama 3 minit. Selepas gosok gigi, madu akan sy suapkan. Tengahari waktu makan, sy bagi vitamin C. Malam sebelum tidur, perahan lemon+madu adalah wajib. Semua tips yang sama juga sy buat untuk diri sendiri untuk kuatkan antibodi sy juga untuk melawan virus bahaya ni supaya tidak dijangkiti. Petua orang lama juga perlu diguna pakai sebab covid ni masih belum jumpa penawar hanya pencegahan.
.
Masuk hari ke 4, Anak bagitahu tekak dah tak sakit. Demam tiada, badan masih aktif. Doc bagitahu budak memang mudah kena tapi mudah sembuh juga kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan satu antibodi yang baru. Cuma dalam masa 3-8hari tu badan kena strong untuk lawan. Alhamdulillah syukur Adam kuat. Tapi jaga orang positif covid 19 ni sangat sangat particular. Kerana sy tidak dipakaikan pakaian PPE pun, semua tahu kan PPE costing sangat mahal. Dan hanya kakitangan hospital sahaja yg diberi. Jadi risiko sy terdedah kepada virus adalah sangat besar dan tinggi. Maka setiap 10 minit pegang sudu kena basuh tangan, sanitizer tangan. Setiap kali dekat dengan anak sanitized tangan, bagi anak sesuatu sanitized lagi. Masuk toilet sanitized lagi, pegang benda sanitized lagi.. Pegang barang sanitized lagi.. Naseb lerr tak kecut tangan dek sanitized je setiap 10 minit. Jenuhh oii
Swab ke 3, result sy Negetive juga. Alhamdulillah. Masa tu ready for swab ke 4. Masa ni dok pk jangan laa sangkut lagi. Dah tak sanggup nak nak sambung bercuti dalam ni Almost 20 hari dah waktu tu kuarantin campur dekat rumah lagi. Mana tak tepuu
Dengan sejuk nya level level koreaaa. Suhu 16’c tak boleh adjust, Selimut 4 dok bantai, sweater pakai, mask 24jam, tangan pakai glove. Gigih tau p order kat shoppe tak tahan sejuk punye pasal.. Stokin dah macam berpantang tak pernah bukak. Serik menahan sejuk yang tak tahan maklumlah kita ni org kg Ambik darah sampai lebam urat, cek jantung, swab lagi semua sy kena ye sebab mereka risau sy positif.
Alhamdulillah semuanya OK. Sehari sebelum balik, swab yang terakhir dijalankn. Dengan harapan result kali ni Negetif baru dilepaskan keluar. Cuak betul time ni Sebab result keluar bergantung result swab test sy.
Dan… hari ke 9, Alhamdulillah.. my last result still Negetive. Doctor kata baru laa boleh disharge esoknya.
Esok nya disharge dan baru laa KKM akan datang ke rumah untuk cabut gelang pink. Baru laa tamat proses kuarantin dan bebas.
Masa tu feeling dapat bebas tu macam terlepas dari tali gantung tau leganyaaa
Benda ni satu benda baru dan pengalaman baru utk sy. Sy post sini tulis sini simpan sini biar jadi kenangan yg sy pernah ada pengalaman tentang covid ni. Biarpun kebolehjangkitan untuk sy kena lagi tu adalah tinggi. Sy seorang yg sangat sangat risaukan covid ni, menjaga sop, tapi Tuhan kasi juga sy untuk rasa melalui anak.
Tapi mungkin juga, kalau benda ni tak jadi, tak mungkin sy dpt ilmu pasal covid ni sbb sy bukan ada basic dalam bidang medic. Hanya pengalaman guru sy. Sy sangka sy tak kuat, kenapa sy diuji begini, tapi ternyata sangkaan Allah tu lagi tepat untuk hambanya.
Siang malam berdoa agar anak sembuh dan sy dijauhkan dari virus ini waktu tu. Kekuatan mental fizikal memang kena sgt sgt kuat time ni. Org sekeliling pun tak perlu nak menyalahkan sebab benda ni terlalu halus. Puas kita berjaga tapi tuhan pilih juga untuk lalui ujian ni siapa kita nak tolak? Sampai skrg sy puas fikir dekat mana anak kena sbb 1st swab Negetive. Sampai sekarang masih tak jumpa jawapan. Tapi Alhamdulillah setiap ujian Allah tu pasti ada hikmahnya.
Redha dan terima. Orang cakap sy kuat, berjuang seorang membesarkan anak. Tapi sejujurnya sy tak kuat pun. Kekuatan sy semua dari pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan sy melainkan pertolongan Allah. Semua dari Allah.
Terima Kasih untuk semua barisan fronliners staff KKM, nurse di Jempol & Hospital Rembau. Menjaga kami tanpa sebarang perasaan geli dan jijik. Doktor, nurse layanan sangat baik & ramah.
Tengok la mereka layan anak sy dengan baik sampai sanggup duduk mencangkung nak cek anak Walaupon mereka sendiri penat, panas berlapis lapis sy saksikan mereka memakai pakai baju PPE dan berdepan dengan ‘musuh’ yang tak nampak dek mata kasar tapi layanan tu takde double standard langsung pun.
Semoga segala amal ibadah korang dikira sebagai jihad ke jalan Allah s.w.t. Terima kasih juga sahabat, teman teman yang tak putus mendoakan anak sy sembuh waktu tu melalui pm, whatapps, & dm. Hanya Allah yang mampu membalas atas doa kalian.
Covid 19 ni bukan benda main, sentiasalah amalkan penjagaan kendiri & patuhi SOP. Kita masih belum menang.
Kisah pasangan ini cukup unik bila tampil dalam persalinan pengantin dengan Tema Hello Kitty. Jarang tema sedemikian menjadi pilihan bakal pengantin. Namun, disebabkan pasangan ini mahukan sesuatu yang ‘unik’ dan lain dari yang lain, membuatkan mereka memilih tema ini.
Lebih menarik lagi, tema tersebut menjadi pilihan sang suami yang memang sukakan sesuatu yang unik.
Selain tema yang lain dari yang lain, pasangan ini juga memilih tarikh yang cukup istimewa iaitu 18.8.2018 sebagai detik bersejarah disatukan sebagai suami isteri yang sah.
Menurut pengantin perempuan,Eira Zain Bridaltema Hello Kitty tiada sebarang masalah dalam memilih tema tersebut.
“Kami bernikah pada 18/8/18. Kalau diikutkan sebenarnya tak ada idea pun nak buat tema hello kitty ni tapi memandangkan suami ni agak suka benda-benda yang unik, kebetulan dia pun orang seni dan minat pada art itulah hasil dia.
” Tiada paksaan dari saya atau dia sendiri, sebaliknya kami sekadar suka-suka sahaja untuk dijadikan koleksi sebab baju ni bukan pakai masa sanding. sebaliknya kami pakai ketika mengambil gambar untuk sesi outdoor sahaja,” ulas Eira Zain ketika ditemu bual oleh wartawan Majalah Keluarga.
Eira Zain yang memakai baju dari rekaan suami dan dirinya sendiri memberitahu baju tersebut adalah dari butiknya sendiri.
“Tak susah pun nak dapat busana ini kerana saya dan suami yang design sendiri. Kebetulan saya memiliki butik pengantin sendiri selain menyediakan perkhidmatan andaman.
“Mungkin bagi orang lain ia sesuatu yang pelik tapi pada saya biasa je ,cuma suami yang memang minat bahagian seni. Jadi, baju tersebut adalah hasil perbincangan kami berdua. Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan busana dengan tema begini boleh hubungi kami.
“Tidak susah untuk mendapatkan material dan kami hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja,”ujar Eira lagi yanglebih fokus kepada bahagian andaman manakala suaminya, Nur Mael membuat kabinet.
Sumber: Eira Zain Bridal (FB)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kerajaaan Madani mengumumkan perluasan pelaksanaan ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.Bantuan ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali
gus membantu...