Tak Ada Lauk Lain Tak Jadi Hal Kalau Masak Menu Ni. Sedap Sangat Buat Makan Bertambah!

Share

Tak Ada Lauk Lain Tak Jadi Hal Kalau Masak Menu Ni. Sedap Sangat Buat Makan Bertambah!

Hari-hari menyediakan menu untuk keluarga boleh buntu juga dibuatnya. Jadi apa kata hari ini kita sediakan menu yang mudah dan dijamin menyelerakan untuk dinikmati.

Menu apa tu? Apa lagi kalau bukan Terung Masak Sambal Berlada seperti  yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya

Keenakan rasa sambal yang pedas apabila bergabung dengan terung yang manis dan ikan bilis yang rangup, pasti menjanjikan rasa yang cukup menyelerakan. Jika tidak percaya, kenalah cuba menu ini.

Terung Masak Sambal Berlada

Bahan-bahan:

Terung -dibelah dua

Ikan bilis-digoreng

Cili merah-kisar kasar

Bawang merah-kisar kasar

Bawang putih-kisar kasar

Cili padi-kisiar kasar

Cara penyediian:

  1. Goreng terung buat seketika dan kemudian ketepikan.

2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan semua bahan yang dikisar kasar. Masak sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan juga asam jawa dan garam secukup rasa.

4.Kemudian masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.

5. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club