Tak Ada Lauk Lain Tak Jadi Hal Kalau Masak Menu Ni. Sedap Sangat Buat Makan Bertambah!
Hari-hari menyediakan menu untuk keluarga boleh buntu juga dibuatnya. Jadi apa kata hari ini kita sediakan menu yang mudah dan dijamin menyelerakan untuk dinikmati.
Menu apa tu? Apa lagi kalau bukan Terung Masak Sambal Berlada seperti yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya
Keenakan rasa sambal yang pedas apabila bergabung dengan terung yang manis dan ikan bilis yang rangup, pasti menjanjikan rasa yang cukup menyelerakan. Jika tidak percaya, kenalah cuba menu ini.
Terung Masak Sambal Berlada
Bahan-bahan:
Terung -dibelah dua
Ikan bilis-digoreng
Cili merah-kisar kasar
Bawang merah-kisar kasar
Bawang putih-kisar kasar
Cili padi-kisiar kasar
Cara penyediian:
- Goreng terung buat seketika dan kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak dan kemudian masukkan semua bahan yang dikisar kasar. Masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan juga asam jawa dan garam secukup rasa.
4.Kemudian masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club