“Sambal bilis belimbing buluh. Tak ada lauk lain pun tak jadi hal,” itulah kata pemilik resipi ini Puan Nanie Rosnani berkenaan resipi yang dikongsikan olehnya di group memasak tidak lama dahulu.
Ternyata sebut sahaja belimbing buluh diakui memang boleh kecur liur dibuatnya sekali gus kita akan rasa teruja pula untuk mencuba menu nan satu ini. Memandangkan bahan-bahan yang digunakan juga cukup ringkas dan ditambah pula kita anak beranak memang suka makan pedas, jadi tidak hairanlah resipi ini mendapat tempat di hati warganet.
Bahan-bahan:
Ikan bilis
2 biji cili merah & cili padi secukupnya – jumlahnya boleh disesuaikan ikut citarasa.
4 biji bawang merah
Sedikit belacan (optional)-BELI DI SINI
Belimbing buluh secukupnya-hiris bulat dan jika suka masam boleh lebihkan jumlahnya- BELI DI SINI
Petai-dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
ARTIKEL MENARIK :
Cara Memasaknya:
1.Ikan bilis dibersihkan kemudian ditumbuk bersama cili merah, cili padi dan bawang merah. Boleh tumbuk kasar atau tumbuk halus ikut citarasa.
3.Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai. Gaul sebati.
6.Sambal Bilis Belimbing Buluh siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club