Tak Ada Lagi Termasak Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Bila Buat Teknik Simpan Sekejap Dalam Freeze!

Share

Menyediakan hidangan lala kalau masak gulai lemak diakui memang sedap dan boleh buat kita makan bertambah. Namun jika terambil lala yang berpasir atau yang busuk, sah-sah boleh terbantut selera dibuatnya.

Atas sebab itu, sebelum dimasak pastikan lala tersebut dapat dicuci dengan bersih. Menyentuh tentang tip dan petua cuci lala ini sebenarnya banyak caranya. Namun dalam banyak-banyak kaedah, perkongsian daripada Puan Puspa Wangi Puspawangi di salah satu group masakan boleh dijadikan panduan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Dapat dilihat cukup mudah dan yang penting kita lebih yakin kerana dapat dicuci satu persatu.

Ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci Lala supaya dapat elakkan yang busuk atau berpasir hitam.. Bagi saya cara ni sangat berkesan.. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar.

Cara ni insha Allah cepat dan mudah.

Langkah 1 : Lala yg dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20minit

Langkah 2 : Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri

Langkah 3 : Sekarang boleh check.. Memang 80% terbuka.. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.

Langkah 4 : Sudah boleh cuci bawah air paip..macam ni kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor.. Makan pun tak was-was.. Slmt mencuba..

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

ARTIKEL BERKAITAN :

Rupanya Guna Air Sejuk, Ais & Garam Kasar Lagi Cepat Bersihkan Kerang Dari Berus Pakai Tangan. Wanita Ni Kongsi Caranya

Nak Bersihkan Lumpur Yang Ada Dalam Perut Kerang, Ni Caranya Ibu Boleh Buat!