
Bilik tidur yang cantik dan kemas tentu akan memberikan ketenangan sekali gus, membawa aura postif dalam diri ketika berehat sebelum tidur. Boleh lah ‘pillow talk’ dengan pasangan sweet-sweet.
Siapa yang tidak suka berada di dalam bilik yang cantik bukan? Jika anda sedang mencari idea bagaimana untuk menjadikan bilik tidur anda cantik dan kemas tapi ringkas, ikuti cara wanita ini.
Menariknya, bilik tidurnya tidak memilik katil tapi cara hiasan sungguh inspirasi. Susun bilik tidur tidak sarat dengan barang perkakasan yang menjadikan bilik sesak pandangan mata.
Ikuti perkongsian ini.
“Decko tanpa katil..kite rumah sewa je.”
Lihat cara susun atur biliknya tanpa katil. Kemas dan ringkas!




Susun atur yang kemas. Boleh cuba cara ini, bilik tanpa katil.
Kredit: Krishna Kumari
“Ini Dikatakan Luar Setinggan Dalam Banglo.” Rumah Papan Ini Gaya Moden Dapat Pujian Warganet. Inspirasi!

Melihat kediaman ini, nyata tepat sekali ungkapan rumahku syurgaku. Biarpun diluar bagaikan sebuah rumah papan kampung biasa di lihat, namun apabila menjengkah ke dalam, pasti pandangan mata pesona melihat dekorasinya.
Bahagian dalam rumah ini memang cantik dan kemas bagaikan berada di dalam sebuah kediaman mewah yang modern.
Ruang rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis akesesori dan perabot moden menyerlahkan lagi konsep modern.
Lebih menarik pandangan mata, dinding juga menggunakan wall paper dan hiasan dinding yang susun kemas.
Lebih mengujakan susun atur ruang tamu penuh kreatif, sekali imbas, bagaikan berada di rumah banglow mewah.
Ini yang dikatakn umpama luar setinggan dalam banglo. Memang inspirasi.
Menerusi perkongsian, Paradise Paradise Yameela dalam group Kelab Kaki Deko telah menarik perhatian ramai dan ada yang ingin menjadikan rumah ini sebagai rujukan untuk dekorasi rumah di kampung.

“Saya punya rumah papan jer, tp teringin nk suasana moden saya deco-deco jadi la mcm ni. Alhmdulillah..”
Melihat ruangan komen ramai memuji cara pemilik rumah ini membuat tata hias. Memang sungguh kreatif!
“Cantiknya rumah.. Pandai deco.
“Wpn umh kayu.. Cantik sgt adik deco2 tu.. Nmpk sofistikated jer.. Tahniah.. Akk jg xpndai2 lg nk deco2 umh akk ni..
“Perghhhh.. Luar biasa nie…ini baru org kata.. Jgn menilai dari luaran.. Terbaik lah sis.
“Tgn tu seni sebenarnya.. ada umah batu pun kalau x de seni, x jadi jugak. Cantik deconya… simple n menarik…
“Subhanallah… seni itu indah, cantik dan damai rmh kpg dihias begitu,” antara komen warganet yang teruja melihat dekorasi rumah kayu ini.
Sumber: Paradise Paradise Yameela
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu Bapa Kena Tegas Bila Anak Mula Tidur Lewat, Elak Jejas Tumpuan Belajar

Hampir 70% anak yang berumur bawa lima tahun mengalami masalah untuk tidur awal. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesukaran anak ini untuk masuk tidur lebih awal.
Isu tidur ini sangat perlu ditangani oleh ibubapa kerana kekurangan tidur di kalangan anak akan menyebakan ibubapa dan juga anak menjadi letih. Keletihan akibat kekurangan tidur ini boleh membawa kepada tingkah laku berlainan seperti meragam, hiperaktif, masalah tumbesaran dan juga masalah pembelajaran.
Selain dari itu terdapat segelintir anak yang baru memulakan alam persekolah taska atau tadika mengalamai masalah untuk tidur lebih awal. Anak yang tidur lewat biasanya akan mengalami kesukaran untuk bangun awal untuk pergi ke sekolah. Berikut adalah beberapa tips oleh Konsultan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dr Mahani Razali yang boleh diambil oleh ibubapa bagi memudahkan anak untuk tidur awal dan bangun awal.
1.Jadual tidur dan bangun
Sediakan jadual tidur dan bangun pada anak. Beritahu dan berbincang dengan anak tentang jadual tersebut. Tampal jadual tersebut dalam bilik tidur anak. Jangan lupa sentiasa ingatkan anak tentang jadual tersebut. Jadikan waktu tidur dan waktu bangun sebagai rutin harian anak.
- Waktu tidur teratur
Sentiasa konsisten dengan masa tidur dan bangun anak. Sentiasa konsisten dengan jadual masa tidur dan masa bangun anak. Jam biologi (biological clock) mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas tingkah laku tidur dan bangun seseorang kanak-kanak. Bila kita menetapkan jadual tidur dan bangun anak, bermakna kita juga memprogram tubuh badan anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan. Keadaan ini sangat membantu memudahkan urusan tidur dan bangun anak anda.
3.Tidur sebentar
Galakan anak untuk tidur walaupun hanya sebentar pada waktu siang atau dikenali sebagai “daily naps”. Daily naps ini sangat penting kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak perlu berehat sebentar bagi memulihkan tenaga yang banyak hilang kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang “naps” akan lebih bertingkahlaku agresif dan juga kerap terjaga pada waktu malam. Kanak-kanak yang mendapat “ nap” yang cukup akan tidur dengan lebih baik pada waktu malam!
4.Programkan jam biologi anak.
Jam biologi adalah atau juga dikenali sebagai jam kerja tubuh manusia adalah waktu di mana tubuh manusia berfungsi atas sesuatu aktiviti. Jika di programkan dengan betul anak akan merasa penat bila tiba masa untuk tidur. Suasana bilik yang gelap pula akan turut membantu pengeluaran hormon tidur. Jadi ibubapa boleh menggelapkan dengan memadamkan lampu 30 minit lebih awal sebelum waktu tidur anak.
- Makan awal
Sediakan jadual makan yang lebih awal sekiranya kita mahu anak masuk tidur lebih awal. Adalah sangat perlu ibubapa menghadkan waktu bermain komputer dan juga waktu menonton televisyen pada anak-anak terutamanya pada waktu malam.
6.Pastikan juga kanak-kanak mendapat nutrisi yang baik dan sihat. Nutrisi juga sangat mempengaruhi tahap tenaga dan tidur kanak-kanak. Pastikan anak tidak mengambil makanan yang mengandungi kadar protin dan gula yang tinggi sebelum waktu tidur kerana kadar protin dan gula yang tinggi akan menyebakan kanak-kanak menjadi lebih peka dan susah untuk tidur. Malah, pengambilan makanan yang mengandungi kadar karbohidrat sebelum tidur boleh membantu anak tidur dengan lebih nyenyak.
- Ruang tidur
Cipta suasana bilik tidur yang selesa untuk anak anda. Pastikan bantal, tilam dan juga dan selimut sesuai untuk anak. Dalam pada itu, persekitaran dalam bilik yang kemas, bersih dengan suhu bilik iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk akan memberikan keselesaan kepada anak. Pastikan anak memakai pakaian tidur yang sesuai.
Pasangan Kembar Empat Teruja Masuk Sekolah, Semangat Bangun Awal Pagi!

Pasangan kembar empat, Firas, Noah, Farouq dan Naaz yang pernah tular ketika mereka lahir kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
Keempat-empat mereka cukup bersemangat bangun awal pagi untuk melangkah di hari pertama mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 1.
Ujar ibunya, Sharisa Hussein, 38, yang juga seorang arkitek, keempat-empat anaknya cukup bersemangat untuk ke sekolah.
“Alhamdulillah. Selepas membuat persiapan empat minggu, akhirnya kembar kami menjejaki darjah satu,” kongsinya.

Katanya, dia dan suami, Saifuddin Hilmi, 39, yang juga jurutera teknologi maklumat serta ibu mentua, Zainab Abdullah Harun, 60, bangun seawal 5 pagi bagi membuat persiapan untuk empat cahaya matanya termasuk menyediakan bekal makanan.
“Saya akui sangat teruja melihat anak melangkah ke alam persekolahan, walaupun sebelum ini saya hantar mereka ke tadika, namun perasaan itu tidak sama,” katanya.
Empat anak citarasa berbeza, sebulan buat persiapan
Menurutnya, bagi mempersiapkan empat kembarnya ke sekolah, dia dan suami sudah pun membuat persiapan lebih awal agar tidak kelam kabut.
“Kami ambil masa sebulan untuk menyediakan kelengkapan dan semua persiapan ini memakan kos RM2,000. Kembar kami akan pilih beg sekolah ikut citarasa masing-masing.
“Mereka tidak sabar untuk bersekolah, kerap bertanya bila mahu ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, dia juga akan meminta guru untuk mengasingkan anaknya kepada dua kelas supaya mereka akan lebih fokus dalam pembelajaran.
Sharisa berkata, keluarganya memberi tumpuan terhadap prestasi akademik kembar itu sejak tadika, malah dia dan suaminya akan bergilir-gilir meluangkan masa untuk memantau pendidikan anaknya.
“Kami juga dibantu dengan idea kreatif daripada ahli keluarga untuk menyediakan kuiz, sesi melukis dan sebagainya bagi memupuk minat dalam pelajaran.
“Kembar kami memiliki cita-cita berbeza… Firas mahu jadi doktor, Noah pula pakar arkeologi, Farouq (anggota bomba) dan Naaz (juruterbang).
“Sebagai ibu bapa kami akan memberi semangat dan dorongan kepada mereka mengikut minat masing-masing,” katanya yang melatih anaknya supaya lebih berdisiplin dengan menyediakan jadual harian.
Kredit: Harian Metro