Bila berkumpul satu keluarga pastinya suasana akan menjadi meriah dan seronok tambah lagi jika ada menu makanan yang sedap-sedap. Kali ini kami nak kongsikan kepada anda menu dan resipi yang akan menambahkan lagi keseronokkan dan kemeriahan bersama keluarga tersayang.
Shellout merupakan salah satu menu yang sangat sesuai dan paling istimewa ia menggunakan makanan laut sebagai bahan utama. Bukan sekadar sedap sahaja, menu ini juga disajikan secara lambak di atas meja yang dialaskan plastik atau lapik makanan.
Jadi jika anda inginkan suasana makan yang meriah wajib cuba resipi yang dikongsikan oleh Rahayu Abdul Rasib ini.
Seafood Shellout
Bahan A:
Bahan B: (Sayur-sayuran)
Bahan C: (Untuk tumisan)
Cara-Cara:
– Semua bahan A ni basuh dan rebus sekejap, semasa rebus letakkan garam dalam air kulit dah merah angkat, toskan.
– Semua bahan B ni rebus juga, kemudian toskan. Brokoli lepas dah rebus angkat letak dalam air sejuk supaya warna dia asli dan tak layu.
– Bland semua sekali bahan C dan tumis bahan tu jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi kemudian letak garam gula sesedap rasa.
– Tumis sampai garing, masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit dan tunggu sampai garing, masuk lagi air didihan tu.
– Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah kalau nak bukan guna semua sekadar berkuah guna air tu semula utk lebih sedap.
– Gaul semua sekali dalam kuali. Taburkan brokoli atasnya, daun sup daun bawang sikit supaya naik harumannya dan sedia untuk dimakan.
Sumber: Rahayu Abdul Rasib